Sulong Jamil Mohamed Shariff

Assalamualaikum..

Kepada,
Ahli JKPP, serta warga Peneroka dan Warga Felda yg saya sayangi..

Bermula tarikh 22 hb jun 2022, sehari sebelum mesyuarat Agung FGV, Felda dan FGV telah diserang bertalu-talu oleh pihak yg berkepentingan..

Ini didalangi orang2 koprat yang menggunakan orang-orang politik untuk mewujudkan sentimen kebencian dan melebarkan lagi jurang KEYAKINAN Peneroka terhadap Felda.

Sebagai Ketua Peneroka Kebangsaan Felda, saya ingin MENASIHATI diri saya dan sahabat2 Ahli Jkpp, warga Peneroka dan warga Felda agar tidak melatah dan terikut-ikut dengan Propoganda yg diviralkan dalam media sosial dll.

Saya melihat isu ini sengaja di war2kan dan saya terpanggil untuk menceritakan sedikit Kronologi tentang FGV ini..

Semasa Tan Sri Barkee Salleh menjadi Pengerusi Felda,sudah ada kedengaran usaha2 dari kumpulan ini untuk mengambil alih FGV, dengan menekan harga sahamnya jatuh sehingga 0.65 sen..

Pada 10hb ogos tahun 2019, saya bersama Pengerusi Felda Ybhg Tan Sri Barkee dan semua Ahli Lembaga telah dipanggil ke Pjbt Perdana Menteri semasa itu, untuk YAB Perdana menerangkan hasrat seorang Taikun yg berhasrat untuk mengambil alih Pegangan saham FGV, saya selaku Ketua Peneroka Kebangsaan Felda diberi peluang untuk bercakap dan memberikan pandangan tentang perkara itu, pendekkan cerita, saya memberikan pandangan TIDAK BERSETUJU dgn apa yg di terangkan oleh Yab PM, walaubagaimana pun, saya tetap merayu kepada pihak Kerajaan dimasa itu, agar dapat membantu Felda, supaya FGV tidak terlepas ke tangan org lain, Perdana Menteri ketika itu menjawab dengan bersahaja, Kerajaan takda duit, dah abis kena rompak, secara tidak sengaja, kelopak mata saya bergenang, risau, ngelabah, sedih, sakit hati, memikirkan apa akan terjadi, sekiranya FGV di ambil oleh pihak lain, tapi saya tekadkan hati untuk bersuara dgn nada sayu dan merayu walaupun dalam keadaan marah.

Untuk makluman semua juga,sebelum semua Ahli lembaga Felda dipanggil mengadap Yab Perdana Menteri ketika itu, saya telah membuat satu surat bantahan dan tidak bersetuju kepada YB Dato seri Azmin Ali, Menteri yg menjaga hal ehwal Felda, saya hantar dengan tangan berjumpa YB Dato Seri Azmin Ali di pejabat beliau di Putrajaya, perkara yg sama saya sampaikan juga kepada Tan Sri Barkee, Pengerusi Felda, dan pada dasarnya, kedua-dua mereka TIDAK BERSETUJU, FGV dikuasai oleh org lain..

Untuk makluman semua, saya juga ada buat sidang akbar, saya jemput semua ahli JKPP, Mbfm, Kaf, dan NGO-NGO Felda, untuk membantah perkara ini..

Kumpulan-kumpulan ahli koprat yg ada kepentingan untuk mengambil alih fgv ini tidak berpuashati dgn tindakan saya, mereka berusaha untuk melaga-laga memecah belahkan kebersamaan diantara kami,dan ada beberapa Ngo nampak dh mula masuk perangkap..

Perkara ini senyap seketika,saya merasa lega,sehinggalah Kerajaan baharu mengambil alih pucuk pimpinan Negara yg di Terajui oleh YAB Tan Sri Mahyuddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

YAB Perdana Menteri telah melantik YB Dato Seri Idris Jusoh (sekarang Tan Sri) Ahli Parlimen Besut sebagai Pengerusi Felda, sebelum itu saya telah mendengar dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, bahawa YB Tan Sri Idris Jusoh akan dilantik sebagai Pengerusi Felda, saya mengambil peluang ini, iaitu seminggu sebelum dilantik sebagai Pengerusi Felda,saya telah berkunjung kerumah YB Tan Sri Idris di Putrajaya bersama Presiden KAF, (kami anak Felda) dan seorang rakan ahli politik, YB Tan Sri Idris terkejut, beliau pun tidak tahu akan dilantik sebagai Pengerusi Felda, walau bagaimanapun, sebelum kami beredar dari rumah beliau, beliau meminta saya menggariskan 10 perkara utama untuk beliau tangani, sekiranya beliau dilantik sebagai Pengerusi Felda..

Hari itu juga, saya telah menggariskan 10 perkara yg diminta dgn berbincang dgn rakan-rakan lain.

Di dalam 10 perkara yg diminta itu,ada termasuk cadangan pengambilalihan semula FGV dan pembatalan perjanjian LLA yg diserahkan kepada FGV, kembali semula kepada Felda.

Alhamdulillah, pada tanggal 01 hb Mei 2020, dgn rasminya, Tan Sri Idris Jusoh telah dilantik sebagai Pengerusi Felda yg baru,beliau masuk pejabat pada 14hb Mei 2020..

Kita imbas kembali apa yg berlaku dalam tahun 2020.. dilampirkan dibawah sekali👇 dan
bermula dari detik itu, YB Tan Sri Idris telah byk membuat perubahan-perubahan tentang hala tuju Felda serta kebajikan Peneroka termasuklah berusaha,memohon bantuan Kerajaan untuk mengambil alih FGV.

Saya bersama Ahli Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) amat menghargai usaha Tan Sri selama ini, mempertahankan FELDA & FGV untuk kembali ke fungsi asalnya..

Kejayaan demi Kejayaan telah dibuat semasa era Tan Sri Idris sebagai Pengerusi Felda..

Berbalik kepada FGV, usaha YB Tan Sri Idris Jusoh telah berjaya mendapatkan Sukuk 9.9 Bilion dari Kerajaan ketika itu, yg membolehkan Felda menguasai pegangan didalam FGV, ini dianggap permulaan untuk mengembalikan kegemilangan FELDA dan Keyakinan Peneroka terhadap Felda, KALAU TIDAK KERANA PERJUANGAN KITA BERSAMA, FGV sekarang bukan MILIK Felda, kita hargai perjuangan kita bersama..

Dimata orang-orang koprat, FGV ini adalah angsa berlian yang sangat berharga.

Usaha mereka untuk mengambilalih FGV telah dijalankan sejak dahulu lagi.

Sejak disenaraikan, FGV tidak pernah mendapat keuntungan lebih dari sebelum ini, dan sebelum Felda menguasai 82%,keuntungan FGV begitu merosot sekali..

Apabila Felda menguasai 82% keatas FGV, FGV dalam laporan kewangannya tahun 2021 telah membuat keuntungan lebih dari 1 bilion.

Sentimen kenaikkan elaun ini yg dimainkan oleh kumpulan tertentu telah menjadi modal dan cerita-cerita yang direka-reka telah ditularkan sebelum mesyuarat agung FGV pada 23hb jun 2022.

FGV telah menjadi lebih baik melalui penstrukturan semula korporat sejak kebelakangan ini, pengarah-pengarah baru telah dilantik, seperti biasa dilakukan dimana-mana syarikat tersenarai awam dibawah BURSA.

FGV perlu mengekalkan yg terbaik, untuk terus meningkat, kerana untuk memberikan pulangan terbaik kepada pemegang saham (terutamanya FELDA).

Kajian perbandingan tentang yuran pengarah telah dilakukan mengikut perkembangan industri dan kenaikan yuran tidak pernah di semak sejak 10 tahun yg lepas.

Sebagai syarikat senarai awam, dibawah BURSA, kenaikan yuran pengarah-pengarah telah dibuat dan diluluskan dalam mesyuarat agung.

Saya yakin dan percaya keuntungan berterusan kepada FGV, akan membawa impak positif kepada Felda dan Peneroka, saya berdoa agar KEYAKINAN Peneroka terhadap Felda terus di kekalkan.

Salam hormat dari saya..

Sulong Jamil bin Haji Mohamed Shariff.
Ketua Peneroka Kebangsaan Felda.

24 jun 2022

— BebasNews

Leave a Reply