hd wallpaper, connection, covid-19
Photo by geralt on Pixabay

BERAKAS 28 Jun — Brunei Darussalam merekodkan 1,185 kes baharu Covid-19 semalam di mana 1,173 kes yang dilaporkan adalah hasil Ujian ART manakala 12 kes hasil daripada 267 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam.

Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar dalam sidang media mingguan petang semalam berkata, sebanyak 99 peratus kes yang dikesan minggu ini adalah dalam kategori 1 atau kategori 2 yang tidak memerlukan rawatan di hospital.

Beliau mengakui sejak kebelakangan ini, jumlah kes menunjukkan peningkatan dengan purata 920 kes sehari dengan kes dalam kategori 4 dan 5 berada pada tahap rendah.

Katanya , terdapat dua kes dalam Kategori 5, iaitu memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU), manakala empat kes berada di dalam Kategori 4, iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Mengenai liputan vaksinasi sebanyak 72.8 peratus daripada keseluruhan penduduk negara ini telah mendapatkan dos ketiga vaksin Covid-19, manakala 12.1 peratus mendapatkan dos keempat.

Sebanyak 73.6 peratus kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun mendapatkan dua dos vaksin Covid-19 manakala 49.4 peratus remaja 12 hingga 17 tahun telah mendapatkan dos ketiga vaksin.

— BebasNews

Leave a Reply