KUALA LUMPUR — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Silam, Datuk Mohamaddin Ketapi telah mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menjadi ahli Parlimen Bebas.
Sebelum ini Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu mengumumkan keluar daripada Warisan pada 30 Oktober tahun lalu bagi menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada masa itu.
Beliau sempat menjadi wakil rakyat Bebas selama sebulan sebelum memutuskan menyertai Bersatu dan penyertaannya diumumkan sendiri oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada 26 November tahun lalu, lapor Utusan.
Untuk rekod,pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), beliau memenangi kerusi Parlimen Lahad Datu di bawah payung Parti Warisan (Warisan).
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020 pula, beliau turut memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam. — BebasNews