ISTANA NEGARA, 1 Julai 2022 — KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Ferdinand Romualdez Marcos Jr atas pelantikan beliau sebagai Presiden Republik Filipina yang ke-17 pada 30 Jun 2022.

Sebagai rakan dagangan ke-15 terbesar, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar Malaysia dan Filipina untuk terus bekerja rapat bagi membawa kemajuan dan kemakmuran untuk kedua-dua negara dan rakyatnya.

Dalam merakamkan ucapan tahniah Seri Paduka Baginda, Baginda juga telah berkenan mengutus warkah ucapan tahniah peribadi kepada Tuan Yang Terutama Ferdinand Romualdez Marcos Jr kelmarin.

Malaysia dan Filipina telah menjalin hubungan rapat dan persaudaraan sejak 1959 dan sebagai negara jiran yang tidak dapat dipisahkan, kedua-dua negara turut berkongsi sejarah dan budaya yang sama. — Instagram Istana Negara

— BebasNews

Leave a Reply