MOHD. Al-Jufferi Jamari menjadi pesilat negara berikutnya yang terjun ke layar perak sebagai bintang utama filem “Syahadan” selepas Rozaidi Rahman dan Mahiza Bakri dalam “Kelisa” pada 1992.

Adakah penampilan mereka juga mampu menjadi pelonjak populariti seni bela diri Melayu ini dan sukan silat di Malaysia? Kini muncul juga filem “Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan” dengan kutipan pecah panggung lebih RM20 juta.

Filem ini dikatakan mengangkat martabat silat namun terserlahkah ciri-ciri keolahragawanan dan kesenian silat pada Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy mahupun Yayan Ruhiyan jika dibandingkan dengan Jufferi, Rozaidi dan Mahiza?

Resipi atau rencah Hollywood atau Hong Kong sudah menggauli silat dalam filem atas nama komersial dan trend serta budaya pop malah unsur-unsur Mixed Martial Arts (MMA) dan World Wrestling Entertainment (WWE) semakin menular ke dalam silat Sukan SEA Vietnam, Mei lalu.

Legenda silat Malaysia, Zakri Ibrahim menyatakan rasa kurang senangnya dengan revolusi silat ini sedangkan segelintir pihak mahu mengikis imej dan resmi silat yang didakwa begitu konservatif, terlalu selamat dan membosankan.

Sejauh mana perubahan mendadak ini mempengaruhi prestasi hambar skuad negara yang hanya membawa pulang dua pingat emas Sukan SEA sedangkan 16 pingat emas yang dipertandingkan.

Revolusi ini satu bentuk ‘pengorbanan’? Supaya silat lebih cepat masuk Sukan Olimpik seawal Los Angeles 2028 (pertunjukan)? Apa kata Zakri, juara Kejuaraan Dunia 2000 di Jakarta dan pemenang pingat emas Sukan SEA Chiang Mai 1995?

Ikuti program bebasnews my, “Kad Merah…Bicara Sukan” Episod 4 pada pautan, https://youtu.be/mIcpePw9v6M

 

 

Leave a Reply