Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah (dua dari kanan) adalah pengasas dan penaung diRaja SAY.

SELANGOR Youth Community (SAY) telah memeterai perjanjian memorandum persefahaman (MoU)bersama Halal Street UK di pejabat Malaysia High Commission di London, United Kingdom pada 29 Jun, baru-baru ini.

MoU di antara SAY dan Halal Street UK adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada usahawan belia yang mempunyai produk yang baik dan berpotensi untuk dipasarkan ke pasaran United Kingdom menerusi sebuah platform e-dagang iaitu Halal Street UK.

Semoga MoU yang dimeterai dapat membantu usahawan belia tempatan memperkenalkan produk mereka di luar negara.

Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif bersama Pegawai Kanan SAY, iaitu Nurul Azwa Mohd Rodzi dan Abdullah Muaz Mohd Norman, manakala dari pihak Halal Street UK diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus Besar di Halal Street UK iaitu Simon K. Suresh dan Hairul Hafizi Abdul Hamid.

Turut berkenan hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, pengasas dan penaung diRaja Selangor Youth Community (SAY).

Halal Street UK merupakan sebuah platform e-dagang bagi syarikat-syarikat lokal di Malaysia.

Platform tersebut ditubuhkan bukan sekadar bertujuan untuk menawarkan solusi produk Halal kepada masyarakat Muslim di United Kingdom seramai 4.1 juta orang, malahan juga untuk memperkenalkan makanan dan budaya masyarakat Malaysia ke negara Eropah yang terkenal di seluruh pelosok dunia.

Halal Street UK merupakan sebuah platform e-dagang bagi syarikat-syarikat lokal di Malaysia untuk memasarkan produk-produk di pasaran United Kingdom.

Platform ini menyasarkan jualan secara perniagaan kepada pelanggan (B2C) iaitu melalui platform e-dagang manakala jualan secara perniagaan kepada perniagaan (B2B) melalui penyertaan syarikat tersebut ke serata pameran makanan dan sebagainya yang terdapat di UK pada setiap tahun.

SAY memeterai MoU bersama Halal Street UK di pejabat Malaysia High Commission di London, United Kingdom pada 29 Jun, baru-baru ini.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 900 vendor syarikat berjaya didaftarkan ke platform edagang tersebut dengan bantuan dan sokongan daripada geran Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk syarikat yang berminat untuk mendaftar, anda boleh layari laman sesawang https://www.halalstreet.co.uk.

Untuk makluman, SAY merupakan organisasi bukan kerajaan atau politik yang ditubuhkan pada 2017 dan bertujuan untuk mewujudkan komuniti belia oleh belia yang dinamik, progresif dan cergas. — BebasNews

Leave a Reply