KUALA LUMPUR — Rancangan realiti Resipi Berani MAGGI ® kini kembali dengan musim kedua yang akan menampilkan sebanyak 6 episod.

Daripada sejumlah 2,000 orang peserta, seramai 12 wanita telah dipilih untuk meneruskan cabaran siri kulinari dan keusahawanan bagi merebut gelaran sebagai juara.

Rancangan Resipi Berani MAGGI ® Musim Ke-2 yang menjanjikan lebih banyak kejutan
menarik ini akan memaparkan kecekalan dan perjalanan peserta dalam menempuh
cabaran dan kriteria yang ditetapkan, demikian menurut satu kenyataannya di sini.

Ini termasuk beberapa cabaran dalam bidang Pembangunan Peribadi, Kemahiran Berniaga dan Kemahiran Memasak. Antara cabaran utama yang dilalui peserta termasuk penyediaan hidangan istimewa masing-masing dan penciptaan semula masakan asli Malaysia dengan menggunakan ramuan yang unik!

Selain cabaran kulinari, para peserta juga perlu memberi tumpuan kepada elemen seperti
kemapanan makanan, daya maju perniagaan serta memanfaatkan penghasilan
kandungan untuk platform media sosial.

Rancangan realiti ini membawa kembali tiga orang Mentor MAGGI ® yang terkenal –
Penggemar Makanan dan Duta Jenama bagi MAGGI ® CukupRasa, Datin Paduka Eina
Azman; Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly; serta
Ikon Usahawan dan Pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris – yang akan membimbing 12
orang peserta sepanjang siri realiti ini menerusi Sesi Maklum Balas Mentor.

Untuk Musim Ke-2, siri ini akan menampilkan empat orang juri jemputan – Stacy Anam, Betty Rahmad, Aisya J dan Chef Sherson Lian.

Selain menerima ‘seed capital’ atau modal pemula sebanyak RM8,000, juara Resipi Berani MAGGI ® Musim Ke-2 akan turut menjalani program bimbingan peribadi selama 8 minggu bersama ikon usahawan, Anne Idris, memfokuskan pada peningkatan perniagaan makanan, menguruskecekapan kos dan strategi penjenamaan.

Pemenang tempat Kedua dan Ketiga masing- masing akan menerima modal benih sebanyak RM5,000.

Resipi Berani MAGGI ® merupakan kemuncak Program Mentor Wanita Cukup Berani
MAGGI ® , yang bertujuan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk keluar dari
zon selesa dan merealisasikan semangat ‘Tak Kenal, Tak Cinta’. — BebasNews

Leave a Reply