STOCKHOLM, Sweden — Beberapa orang terbunuh dan cedera dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara Denmark, Copenhagen semalam (Ahad), kata pihak polis.

Polis berkata, laporan mengenai tembakan di pusat beli-belah Fields, salah satu pusat membeli-belah terbesar di Scandinavia, diterima pada pukul 5.37 petang dan seorang suspek lelaki berusia 22 tahun telah ditahan.

Dalam taklimatnya, Ketua Polis Soren Thomassen yang enggan mengulas lanjut berkata, buat masa ini, pihaknya tidak menolak ia merupakan perbuatan keganasan.

Terdahulu, Datuk Bandar Copenhagen, Sophie Andersen berkata di Twitter bahawa pegawai tidak pasti jumlah korban, tetapi insiden itu “sangat serius.” — BebasNews

Leave a Reply