Siti Nurhaliza bergambar dengan anak bongsunya, Muhammad Afwa dan Aafiyah.

SELEPAS bercuti di Dubai, Datuk Seri Siti Nurhaliza meneruskan percutian keluarganya di London pula. Sudah pasti penyanyi popular itu tidak melepaskan peluang menonton konsert idolnya iaitu Adele.

Adele yang popular dengan lagu Someone Like You yang mengadakan persembahan di festival muzik British Summer Time Hyde Park, selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 Julai baru-baru ini.

Siti menerusi stories Instagram telah berkongsi pengalamannya menonton persembahan Adele bersama dengan mentornya, Datuk Wira Dr Azizan Osman dan isteri, Datin Wira Hasdiana Ahmad serta Pengerusi Eksekutif RichWorks, Datuk Zafrol Rizal Mat.

Siti Nurhaliza bersama mentornya, Dr Azizan Osman menyaksikan persembahan Adele di Hyde Park, baru-baru ini.

“Tengok konsert bersama Doc (Azizan). Tengok konsert Siti Nurhaliza? Tak, tengok konsert bersama Siti Nurhaliza.

“Terima kasih Doc sebab beri pengalaman yang best sangat. Terima kasih Datuk J, Datin Wira, seronok sangat alhamdulillah thank you,” ujarnya lagi yang dimuat naik dalam stories Instagram @ctdk dan Azizan Osman Official.

(https://www.instagram.com/reel/Cfi48IbJkGb/?igshid=YmMyMTA2M2Y=)

Pada 14 Jun lalu, Siti Nurhaliza atau TokTi secara rasminya sebagai anak didik Azizan selepas menjadi Titan Premier – Partner (TPP) pertama dalam program permentoran terbaharu RichWorks.

Penyertaan beliau bagi mendapatkan ilmu, strategi dan panduan yang betul serta berkesan dalam membawa jenama SimplySiti ke peringkat lebih tinggi.

Sempat berswafoto bersama Dr Azizan, Hasdiana dan Zafrol ketika menonton persembahan Adele, di Hyde Park, London.

Dalam pada itu, TokTi juga sempat bersama-sama menaiki beca di kota London selepas menyaksikan konsert berkenaan.

“Kita naik beca, ingat dekat Melaka saja ada beca, di London pun ada,” jelasnya.

— BebasNews.

Leave a Reply