egg, basket, food
Photo by varintorn on Pixabay
(Diedarkan oleh sosial media)

INI adalah kisah benar, bukan fiksyen. Ia berlaku di Argentina. Seorang warga Argentina pergi membeli satu karton telur. Apabila dia bertanya kepada penjual tentang harga, dia mendapati harga itu melebihi harga biasa.

Dia bertanya kepada penjual apa sebabnya.

Penjual berkata, “Syarikat penyeluar telah menaikkan harga!” Dengan senyap, warga itu memulangkan kembali kotak telur itu ke tempatnya sambil berkata, “Saya tidak perlu telur. Saya boleh hidup tanpa makan telur.”

Dalam masa itu, hampir semua rakyat melakukan perkara sama tanpa kempen atau mogok, tetapi ia menjadi budaya rakyat! Orang ramai tidak menerima ugutan dari mana-mana syarikat.

Pada pendapat anda, bagaimanakah keputusannya?

Tidak sampai seminggu, pekerja-pekerja syarikat pengedar datang menawar telur kepada kedai, tetapi penjual enggan menerima karton telur baru, kerana karton telur lama tidak dibeli oleh sesiapa pun!

Syarikat-syarikat pengedar berkeras dan degil, mengatakan bahawa protes ini akan berakhir dalam beberapa hari, dan orang ramai akan kembali membeli telur seperti biasa.

Namun, rakyat lebih degil; mereka memboikot telur, dan syarikat mula rugi dalam dua sudut, yang pertama dalam karton telur yang terkumpul, dan yang kedua dalam memberi makan ayam yang berterusan dan pengeluaran telur.

Akibatnya, kerugian terkumpul berlipat ganda!

Pemilik syarikat-syarikat ternakan berbincang sesama mereka dan memutuskan untuk mengembalikan harga telur kepada harga sebelumnya walaupun boikot berterusan, dan syarikat hampir mengisytiharkan muflis, jadi mereka berbincang semula dan memutuskan perkara berikut:

– Untuk menawarkan permohonan maaf rasmi kepada rakyat Argentina di semua media.

– Untuk mengurangkan harga telur kepada satu perempat daripada harga sebelumnya.

*Pelajaran:

Sebagai rakyat, kita boleh mengurangkan atau menaikkan harga mana-mana komoditi tanpa kempen atau mogok. Kita hanya memerlukan sedikit kemahuan, budaya, dan keazaman.

— BebasNews

Leave a Reply