Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang membawa keluar mangsa terakhir daripada tiga sekeluarga, Mohd Khairul Ikhwan Nor Azman,14 dipercayai hilang selepas rumah didiami mereka dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir yang melanda di Kampung Iboi, Kupang petang semalam. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR -– Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan pemberian bantuan awal bernilai lebih RM4,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) mangsa-mangsa banjir di Baling, Kedah.

Daripada jumlah itu, Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1000, Bantuan Barang Keperluan Asas sebanyak RM2,500, Bantuan Barangan Elektrik sebanyak RM500 dan pembaikan.

Beliau berkata, tiga orang waris mangsa yang terkorban dalam bencana itu telah menerima BWI sebanyak RM10,000 seorang hari ini.

“Saya telah mengarahkan Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara untuk menyelaraskan bantuan segera kepada semua mangsa yang terlibat,” kata Ismail Sabri dalam kenyataannya di sini.

Berikut kenyataan penuh Perdana Menteri:

FINAL KENYATAAN MEDIA BANTUAN BANJIR KEDAH (1)

— BebasNews

Leave a Reply