Foto blogspot.com
Oleh DIN JERMAN

“Sekarang ni banyak orang gila” pinjam kata kata Samy Vellu, gambaran penulis kepada pemimpin parti yang tidak mahu peka, buat buat tak peka, sibuk minta dan melobi jawatan, sedangkan rakyat terhimpit dengan keadaan semasa, iaitu kenaikan harga barangan keperluan.

Sifat kelakuan pemimpin peminpin ini, memperlihatkan kepada rakyat, apa yang di dalam benak hati dan pemikiran mereka, yang pasti tidak akan ada satu usaha pun daripada mereka untuk membantu menangani isu isu yang melanda rakyat.

Itulah diri mereka sebenar, tidak ambil perduli keadaan sekeliling.

Sibuk menyediakan senarai nama nama mendesak perdana menteri memberikan jawatan.

Sedangkan mereka tahu PM sibuk mencari jalan penyelesaian bagaimana cara yang dapat mengurangkan bebanan hidup yang telah menyusahkan rakyat.

Suasana yang timbul daripada tindakan mereka hanyalah memburukkan lagi masalah yang negara sedang hadapi, ekonomi dan kestabilan, yang sudah tentu memberi kesan negativ kepada kehidupan rakyat.

Harga barang naik, nilai duit turun.

Rakyat sentiasa membaca tindak-tanduk pemimpin-pemimpin ini, ada desas desus, rakyat akan memberikan pengajaran di dalam PRU yang akan tiba nanti, kita tunggu dan lihat.

Tidak masuk akal, mereka seperti dirasuk sehingga tidak sedarkan diri, bagaikan “dua orang dalam perahu di laut, seorang menebuk lubang, seorang lagi menimba air masuk ke dalam perahu”.

Betul juga kata kata Samy Vellu ini.

Sumber — TikTok

(Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili BebasNews.)

— BebasNews

Leave a Reply