Foto dagangnews.com

KUALA LUMPUR — Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah menghantar pasukan
sukarelawan seramai 50 orang dalam misi bantuan banjir di Baling, Kedah.

Pasukan sukarelawan yang diketuai oleh Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz
turut membawa dua lori muatan 1 tan barangan keperluan isi rumah yang
keseluruhan bernilai RM50,000.

Misi kali ini turut disertai dua jentera berat yang akan digunakan untuk kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang, kenderaan yang tersadai, dan membersihkan rumah kakitangan dan Sahabat yang terkesan.

Selain bantuan barangan dan kerja-kerja pembersihan, AIM turut memberikan
Moratorium Bersasar selama 6 bulan kepada Sahabat yang terjejas banjir.

Untuk moratorium bersasar ini, Sahabat perlu membuat permohonan di
cawangan masing-masing.

Banjir yang melanda beberapa kawasan di sekitar Iboi, Jerai dan Kubang pada
4 Julai lalu (Isnin), turut membabitkan seramai 115 Sahabat AIM.

Kesemua sumbangan dari AIM diserahkan oleh Shamir ke Pusat
Pengumpulan Bantuan Banjir di Sekolah Menegah Kebangsaan Jerai.

Kenyataan media —

press_release AIM

— BebasNews

Leave a Reply