Isham Jalil - Foto Facebook

KUALA LUMPUR — Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil mempersoal rasional mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sebuah sekolah di Kelantan mengadakan cabutan bertuah menawarkan hadiah sebuah kereta.

Lebih menimbulkan persoalan program sama diadakan serentak dengan program parti Perikatan Nasional (PN) Kelantan.

Isham menujukan persoalan tersebut kepada Menteri Pendidikan berdasarkan surat jemputan dari pihak PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gading Tanah Merah Kelantan.

“Saya ingin tanya Menteri Pendidikan, adakah surat yang tular untuk jemput mesyuarat PIBG di sebuah sekolah di Kelantan menawarkan hadiah kereta, motosikal, TV, lembu dan hidangan 100 ekor kambing golek itu betul?

 

“Dan majlis ini diadakan bersamaan dengan pelancaran kempen politik PN.

“Adakah kamu guna duit dan kemudahan kerajaan juga untuk majlis politik parti kamu tersebut?,” katanya dalam satu hantaran Facebooknya hari ini.

Pihak media seperti Harakah Daily turut melaporkan program tersebut dengan tajuk berita, ‘Pelancaran PN Kelantan catat sejarah luar biasa’.

— BebasNews

Leave a Reply