AARON Chia (kanan) dan Soh Wooi Yik. – Foto BAM

MELAKA United FC mencapai momentum dan langkah meyakinkan dalam Liga Super 2022! (Gambar atas di tajuk): Aksi Melaka United FC yang berjersi hitam dan Selangor FC.

Johor Darul Ta’zim (JDT) FC dikekangnya 1-1, Selangor FC pula ditumbangkan 2-0 dan apakah Stadium Hang Jebat bakal saksi kejutan dalam suku akhir Piala FA, 23 Julai ini?

Ikuti seterusnya dalam program bual bicara portal dalam talian bebasnews.my, “Kad Merah: Bicara Sukan” Episod 5 pada pautan, https://youtu.be/icZPkOKMTdY

Pentas antarabangsa Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dibuka buat skuad bawah 19 tahun negara dan Harimauwati Malaya.

Ketika skuad wanita sekadar seri 0-0 dengan Singapura di Manila, skuad remaja pula mengorak langkah kanan apabila menundukkan Kemboja 2-1 di Jakarta.

PANDELELA Rinong Pamg (kanan) dan Nur Dhabitah Sabri menayangkan pingat gangsa Kejohanan Dunia FINA 2022. – Foto MSN

Hampir segalanya menjadi buat beregu negara dalam Badminton Master Malaysia 2022 di Arena Axiata, Bukit Jalil.

Goh V Shem-Low Juan Shen mara ke pusingan kedua, begitu juga pilihan utama tuan rumah, Aaron Chia-Soh Wooi Yik selain gandingan wanita, Pearly Tan-M. Thinaah.

SKUAD sepak takraw Malaysia bertindan khidmat dua tekong dengan skuad universiti AUG.

Dilema skuad negara dan skuad universiti Malaysia berikutan berlangsungnya Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand Ke-35 di Bangkok, Thailand (24-31 Julai) dan Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Ubonratchathani, (1-6 Ogos).

Dua tekong tersenarai dalam kedua-dua pasukan tersebut iaitu Faisal Fuad dan Zuhri Zain. Adakah mereka harus memilih satu daripada skuad dan kejohanan itu?

Datuk Pandelela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri pulang dengan dua pingat gangsa acara 10 meter platform individu wanita dan 10m platform seirama Kejohanan Dunia FINA 2022 di Budapest, Hungary.

Benarkah mereka kini prospek pingat emas kontinjen negara pada Sukan Komanwel Birmingham, akhir bulan ini?

NURUL Izzah Izzati Mohd. Asri atau dalam pembikinan ‘The Pocketrocket Girl’. – Foto MSN

Berbasikal juga biarpun tanpa naib juara Olimpik, Datuk Azizulhasni Awang, kini wajar bersandarkan pingat Sukan Komanwel kepada Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut dan keirin.

Dia pasti lebih matang, gagah dan berpengalaman untuk memperbaiki catatan tempat keempatnya di Gold Coast 2018.

Bagaimana pula pelumba keirin wanita dan 500 meter ujian masa, Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri.

Awal Jun lalu, Malaysia menyambut kelahiran ‘Ratu Kayuh’ baharu dengan kejayaannya dalam Kejohanan Asia (ACC) di New Delhi.

 

Leave a Reply