Tok Mat

KUALA LUMPUR — Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat terhadap Datuk Seri Najib Razak yang menjadi kontroversi sebagaimana laporan Asia Times mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad Zakarshi.

Mohd. Puad berkata, apa yang dikatakan Tok Mat adalah sesuatu yang logik.

Menurutnya, Najib perlu masuk penjara kalau dia mahu minta “pengampunan”.

“Isunya Najib tidak minta pengampunan. Najib mahu perbicaraan yang adil.

“Najib tidak pernah minta pengampunan. Tidak ada kenyataan dari Najib. Tidak ada rekod Najib mohon di Mahkamah. Bahkan tidak ada surat kepada Yang Dipertuan Agong minta pengampunan,” katanya di Facebooknya hari ini.

Jelas Mohd. Puad lagi, AsiaTimes menggunakan logik masuk penjara tersebut sebagai bahan cerita yang di “spin” untuk buat cerita panas bodoh.

“Tidak munasabah Najib minta pengampunan. Perbicaraan Najib masih berjalan termasuk isu Hakim Nazlan ada “conflict of interest”.

“Anwar memang minta pengampunan. Dia dalam penjara. Nak keluar kena minta ampun. Minta ampun bermakna mengaku salah. Najib mahu perbicaraan adil. Tidak minta ampun pun,” kata beliau. — BebasNews

Leave a Reply