Yasin Sulaiman - Foto Wikipedia

PETALING JAYA — Komposer terkenal, Yasin Sulaiman berkemungkinan bakal dibebas dengan jaminan selepas Mahkamah Majistret di sini, hari ini melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram.

Namun permohonan berkaitan ikat jamin itu hanya didengar pada 22 Ogos ini.

Terdahulu, penyanyi nasyid itu didakwa mengedar dadah kanabis anggaran berat 214 gram pada pukul 5.30 petang, 24 Mac lalu di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Sebelum itu, Majistret Muhammad Iskandar Zainol melepas tanpa membebaskan Yasin daripada pertuduhan mengedar dadah selepas Pengarah Pendakwaan Selangor, Khairul Azreem Mamat mengemukakan permohonan tersebut.

Dalam pada Itu, Khairul Azreem memberitahu Yasin akan dituduh semula atas pertuduhan baharu di Mahkamah Sesyen.

Peguam-peguam bela, Ariff Azami Hussein, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff dan Azizul Syariman Mat Yusoff tidak membantah permohonan tersebut. — BebasNews

Leave a Reply