PROGRAM bual bicara, “Cuit & Selak” kendalian Datuk Zaini Hassan dan Datuk Hassan Mohd. Noor kembali minggu ini dengan lebih hangat dan menjadi tumpuan ramai dalam Episod 8: “Perang Saudara Dalam UMNO Bahagian 2”.

Mengundang tetamu, mantan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamad ke studo bebasnews.my, C&S mengupas dan membicarakan kenyataan Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan, baru-baru ini.

“Berlakunya ‘kebengangan’ ahli-ahli UMNO sekarang. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Presiden) dan Datuk Seri Najib Tun Razak (mantan Presiden) ialah liabiliti parti,” kata tokoh berpengalaman 50 tahun dalam parti teras Barisan Nasional (BN) dan 10 tahun bersama MT ini.

Apakah Tok Mat ini menikam belakang Zahid dan Najib? Atau cakapnya berlapik dan memberikan isyarat ibarat ‘menarik rambut dalam tepung, tiada yang putus dan berselerak’?

Kenapa mereka tidak mengikut tradisi lalu. Beberapa pemimpin UMNO yang menghadapi masalah undang-undang, berundur terlebih dulu, selesaikannya dan datang balik?

HASSAN Mohd. Noor (kiri), Mohd. Zin Mohamad dan Zaini Hassan dalam Cuit & Selak Episod 8.

UMNO tidak pernah meletakkan nasibnya kepada seseorang pemimpin sahaja yang boleh datang dan pergi, kata Zin namun apa perlunya pemilihan pucuk pimpinan parti ditangguhkan sehingga 18 bulan? Apa jadi proses peremajaan UMNO sekarang?

Apa pula fungsi MT sekiranya sudah ada pramajlis yang ahli-ahlinya dikuasai Presiden malah memiliki pula rangka kasar cita rasa mereka – persoalan ini dirujuk kepada Zin atas pengalaman lalunya ketika di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ikuti kupasan dan pendedahan “Cuit & Selak” minggu ini mulai hari ini, 10 Julai 2022 pada pautan, https://youtu.be/EJ5V2VcBpkE

 

Leave a Reply