Gotabaya Rajapaksa - Foto Wikipedia

COLOMBO — Penunjuk perasaan telah menyerbu rumah Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa, menghambatnya keluar ekoran krisis ekonomi paling buruk yang dihadapi negara itu, menyebabkan Rajapaksa terpaksa mengumumkan peletakan jawatannya Sabtu lalu.

Ratusan ribu rakyat berkumpul di ibu negara Colombo sejak kelmarin, menuntut kerajaan bertanggungjawab kerana dakwaan terbabit salah urus kewangan negara yang turut menyebabkan kekurangan teruk makanan dan bahan api, memetik laporan berita AFP.

Difahamkan pemimpin itu sudahpun menaiki kapal laut ketika itu di pelabuhan Colombo dan dibawa ke perairan selatan Sri Lanka, di mana Rajapaksa akhirnya akur kepada desakan letak jawatan. — BebasNews

Leave a Reply