Ismail Sabri (tengah)

SEBANYAK 79 lembu dikorbankan sempena Program Korban Perdana Parlimen Bera tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak 22 lembu disembelih di Masjid Darul Fikri bagi semua jabatan kerajaan, manakala 57 lagi disembelih di 57 Cawangan Umno Bera.

“InsyaAllah, pada tengah hari ini, daging-daging yang dilapah akan diagihkan kepada penduduk di Parlimen Bera, terutama golongan asnaf dan miskin dalam memaknai penghayatan bahawa Islam menitikberatkan perkongsian makanan dan rezeki,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, seawal jam 8:30 pagi tadi beliau berkumpul di Masjid Darul Fikri untuk melaksanakan ibadat korban peringkat Parlimen tersebut.

Sumber asal — https://malaysiapost.com.my/2022/07/11/79-lembu-dikorban-sempena-program-korban-perdana-parlimen-bera/

— BebasNews

Leave a Reply