Foto Blogspot.com

DAH hampir 2 minggu saya henti mencoret kisah “Dari Baling ke Hat Yai.” Kali terakhir saya pos ialah Bhg 5A pada 7 Julai 2022. Bukan apa. Sebenonya saya cuba menukil artikel sempena menjelang musim patriotisme, Ogos-September nanti.

Tajuknya? Tekaan anda memang tepat sekali. Komunis. Tak kisah le jika ada yang berkata tak habis-habis kisah itu. Senang saje. Tak usah baca. Sapa pun tak paksa… he…he…he.

Semalam baru siap dan telah hantar kepada Majalah Perajurit. By the way, depa tak terbit hardcopy dah; sekarang online. Tak tahu le pulak sama ada menepati kriteri majalah itu. Jika tak diterima, no problem bagi saya. Jika diterima, bila akan disiarkan? Wallahualam.

Treler nukilan itu di bawah ini. Terima kasih.

“PARTI KOMUNIS MALAYA DIBUBAR?

JULAI… Negara di ambang musim patriotisme – Ogos dan September. Bermula dengan ‘Hari Pahlawan’ pada 31 Julai 2022 nanti. Seperti amalan biasa, akan ada majlis sambutan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan, Putrajaya.

Tahun ini, 2022, penantian ketibaan musim itu disulami dengan tayangan filem “Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.” Pahlawan Melayu Pahang menentang penjajah Inggeris di abad 19 lagi. Tanpa diduga, ia mendapat sambutan di luar dugaan bagi sebuah filem genre sejarah.

Selepas 21 hari penayangannya, ia telah berjaya meraih RM71 juta.1 Penonjolan semangat patriotisme…satu fenomena!

Pada musim patriotisme rakyat akan disaji dengan filem dan laporan kisah-kisah pengorbanan anggota pasukan keselamatan menentang kedurjanaan pengganas komunis baik di Semenanjung mahu pun Sarawak.

Ancaman militan itu berakhir pada 2 Disember 1989 di Semenanjung sementara 17 Oktober 1990 di Sarawak.2

2 Disember 1989 begitu bersejarah bagi Semenanjung khususnya. Pada tarikh tersebut telah termeterai dua Perjanjian Damai di Hotel Lee Gardens, Hat Yai, Thailand pada jam 10:30 pagi (waktu Thai).

Perjanjian Damai antara Kerajaan Malaysia dan PKM dan Perjanjian Damai antara Kerajaan Thai dan PKM.

Sambung…

Sumber gambar: Jen Tun Hashim bin Mohd Ali (Bersara)

— BebasNews

Leave a Reply