TERBACA satu artikal hari ni pelakon Tom Cruise antara seorang manusia yang memiliki pelbagai lesen dalam hidup dia.

Dia ada lesen memandu kereta, lesen motor, lesen kapal terbang, lesen jet, lesen kapal layar dan macam-macam yang berjumlah 30 semuanya. Kusssemangat.

Teringat akak seorang sahabat yang nak memohon lesen perniagaan dari salah satu Majlis Perbandaran Tempatan di Sepang.

Dah nak masuk 6 bulan syarikat beroperasi di Cyberjaya. Permohonan lesen dah masuk 4 bulan. Kalau ikut piagam, 14 hari bekerja dah boleh lulus setelah menepati segala syarat yang ditetapkan. Walla.

Semasa hantar permohonan, semua maklumat telah disahkan lengkap oleh pegawai yang menerima.

Katanya nanti ada pegawai yang akan melawat premis. Lawatan juga sudah dilaksanakan oleh pegawai seminggu selepas tu. Tapi lesen sampai sekarang tak dapat.

Alasan yang diberi oleh pegawai yang mengendali, kena tunggu keputusan Kementerian. Kusssemangat lagi sekali, mengucap akak.

Akak tanya sahabat, kamu buat syarikat kapal selam ke sampai nak kelulusan Kementerian bagai ni.

Takde pun dalam syarat mereka bila akak baca. Lagi pun Cyberjaya di bawah MSC — Multimedia Super Corridor! Jika aktiviti perniagaan membabitkan digital, apa masalahnya?

Ni lah masalah bila bekerja separuh jiwa. Niat nak membantu sangat sikit dari nak menyusahkan sebenarnya. Tambah pula dengan perangai malas. Malas nak melakukan kerja lebih sikit, malas nak menyemak, malas nak mengkaji. Aku yang pegang kuasa beri lesen, siapa nak kena tunggu. Semua ambil mudah, orang lain susah, itu mereka punya pasal.

Bilalah nak berubah kaum-kaum yang merosakkan nama Jabatan ni.

Bukankah apabila kita memudahkan urusan seseorang itu, insyaAllah urusan kita akan dimudahkan Allah SWT.

Tiadakah timbang cara dan budi bicara serta timbang rasa.

Orang nak berniaga bagi mencari nafkah hidup. Nak menanggung keluarga dan juga para pekerja yang ada family mereka. Bukan macam kalian, penjawat awam yang buat keje, tak buat keje, hujung bulan gaji dah siap masuk akaun. Berkat ke?

Sehingga hari ni, sahabat akak kata dia masih belum menerima apa-apa jawapan yang konkrit dari pihak mahadewa pegawai meluluskan lesen. Kita tunggu sedikit masa lagi ya. Belum ada jawapan lagi. Jawapan macam skrip yang telah siap disediakan.

Sekarang baru akak tahu kenapa banyak perniagaan takde lesen. Buang masa, buang duit, sakit hati. Kena saman, bayar je lah.

— BebasNews

Leave a Reply