hen, chicken, feeding
Photo by AndreasGoellner on Pixabay Gambar hiasan

MALAYSIA mengamalkan sistem ekonomi campuran/gabungan iaitu sistem ekonomi pasaran bebas dan perancangan pusat; harga barang yang tidak hanya ditentukan oleh pasaran (keseimbangan antara permintaan dan penawaran) tetapi juga oleh pihak kerajaan.

Tanpa campur tangan kerajaan, jika permintaan meningkat — harga akan meningkat, jika permintaan berkurangan harga juga akan berkurangan; manakala jika penawaran meningkat harga akan berkurangan dan jika penawaran berkurangan harga akan meningkat. Ia disebut sebagai kuasa pasaran yg kita tidak nampak, the market force atau Adam Smith invisible hand, macam ada tangan ajaib yg mengubah harga bila permintaan atau penawaran berubah.

Dalam sistem ekonomi campuran, kerajaan boleh campur tangan dalam menentukan harga wbp. Campur tangan kerajaan ini boleh menyebabkan berlakunya kegagalan pasaran (the market failure).

Dari gambarajah; tanpa campur tangan kerajan, keseimbangan pasaran ayam (permintaan=penawaran) ialah pada titik EE; harga RM10.00 se-kg dan kuantiti keseimbangan ialah pada QE.

5 Jun 2022; Apabila kerajaan tetapkan harga siling RM8.90, lebih rendah daripada harga keseimbangan (RM10.00). Apa yg berlaku ialah terdapat firma (penternak ayam) yang akan menghentikan/mengurangkan operasi mereka mereka kerana tidak dapat menampung kos pengeluaran (+ margin keuntungan). Wp kerajaan memberi subsidi RM0.60 se-kg kepada penternak, ianya tidak cukup bagi menampung kos pengeluaran ayam.

Penternak kecil-kecilan atau ternakan hanya aktiviti sampingan (aktiviti utama mungkin tanaman getah, sawit dll) tidak mendaftar perniagaan mereka, tidak dapat menuntut subsidi daripada pihak kerajaan, dan mereka juga menutup/mengurangkan operasi. Kesannya, penawaran ayam berkurangan daripada SS kepada SS1, kuantiti penwaran ayam =Q1, manakala permintaan ayam= QE, kurangan penawaran sebanyak Q1QE.

Kurangan penawaran ini menyebabkan ada pengguna yang sanggup membeli ayam (willingness to pay) pada harga yang lebih tinggi daripada harga siling dan aktiviti ekonomi tersembunyi berlaku (underground economy). Amnya, dasar kerajaan menetapkan harga siling RM8.90 telah mendesak harga untuk terus meningkat kerana penawaran ayam yang telah berkurangan.

1 Julai 2022; Kerajaan tetapkan harga siling kepada RM9.40. Kesannya, penawaran ayam dijangka meningkat daripada SS1 kepada SS2, kuantiti penawaran ayam meningkat daripada Q1 kepada Q2. Melalui subsidi RM0.60 kepada penternak dijangka penawaran ayam akan semakin meningkat daripada SS2 kepada SS bagi memenuhi permintaan ayam sebanyak QE.

Kesimpulan, dasar penetapkan harga siling tidak semestinya boleh menyelesaikan masalah harga, kegagalan pasaran menyebabkan penawaran akan berkurangan & harga terus meningkat.

(Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili BebasNews.)

— BebasNews

Leave a Reply