PRESIDEN Indonesia Joko Widodo dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida sepakat untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan antara kedua negara.

Kesepakatan itu dicapai dalam mesyuarat dua hala di Tokyo pagi ini, Rabu 27 Julai 2022.

Jokowi, dalam pertemuan dengan pemimpin Jepun itu, menyambut baik sejumlah pelaburan baharu Jepun di Indonesia di samping menghargai projek-projek yang diselesaikan tepat pada waktunya.

“Beberapa projek strategik yang saya sampaikan agar dipercepat antara lain MRT Jakarta North-South Fase II dan East-West Fase I, Kawasan Industri Papua Barat, perluasan Pelabuhan Patimban dan Jalan Tol Akses Patimban.

Jokowi dan isteri, Ibu Iriana bergambar bersama Maharaja Jepun Naruhito dan Permaisuri Masako, di Istana Maharaja Jepun.

“Saya juga menyampaikan permintaan khusus kepada Jepun untuk memberikan dukungan penurunan tarif untuk beberapa produk seperti tuna, pisang dan nanas, serta akses pasar untuk produk mangga dari Indonesia,” katanya.

Jokowi juga menawarkan kerjasama yang lebih intensif untuk menghantar tenaga kerja Indonesia ke Jepun.

Sementara itu, Jokowi dan isteri, Ibu Iriana turut mengadakan kunjungan hormat keatas Maharaja Jepun Naruhito dan Permaisuri Masako, di Istana Maharaja Jepun, petang ini.

— BebasNews

Leave a Reply