Cacar monyet. Foto - ResearchGate

SINGAPURA 28 Julai — Satu lagi kes jangkitan cacar monyet dilaporkan di Singapura semalam menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 11 orang sejak bulan Jun lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes melibatkan seorang lelaki rakyat Singapura berusia 32 tahun.

Lelaki itu diuji positif terjangkit virus itu pada 26 Julai, dua minggu selepas mengalami demam pada 12 Julai serta mengalami ruam di tubuhnya.

Dia mendapatkan rawatan perubatan pada Selasa dan dimasukkan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada hari yang sama.

Pengesanan kontak sedang dilakukan dan dia kini dalam keadaan stabil.

MoH menjelaskan, jangkitan lelaki itu tidak ada kaitan dengan mana-mana kes cacar monyet sebelum ini.

Daripada 11 kes cacar monyet yang dikesan di Singapura sejak bulan Jun, lima adalah kes import dan enam kes tempatan. Tiada kes setakat ini berkait antara satu sama lain.

Cacar monyet adalah penyakit virus yang biasanya pulih dalam masa 14 hingga 21 hari.

Mereka yang dijangkiti virus tersebut biasanya mengalami demam, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang, kelenjar bengkak, rasa seram sejuk, kepenatan dan ruam.

Daripada 11 kes cacar monyet yang diumumkan di Singapura sejak bulan Jun, lima adalah kes import dan enam adalah kes tempatan. — BebasNews

Leave a Reply