Berkongsi ilmu dan pengalaman dengan kira-kira 200 usahawan Indonesia, baru-baru ini.

PERMULAAN tahun baharu dalam kalendar Islam baik buat RichWork International Sdn. Bhd., bila dapat bersama kira-kira 200 usahawan terutama dalam ekonomi kreatif di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.

Pengasas dan mentor usahawan jutawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman berkata, mengambil semangat Awal Muharram, pihaknya bersama RichWorks Indonesia berbesar hati untuk menjalankan sesi bisnes coaching bersama usahawan di sana.

Katanya, RichWorks bersedia membantu mana-mana pihak dalam berkongsi kepakaran dan membimbing bangsa usahawan.

“Sesi ini rentetan daripada Bangkit Bisnis Dari Krisis yang dijalankan 16 Julai lalu hasil inisiatif dan kerjasama strategik Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif (Kemenparekraf) di bawah kepimpinan Bapak Dr Sandiaga Uno.

Azizan Osman menganggap gambar ini akan menjadi satu titik tolak sejarah hubungan Malaysia-Indonesia dari segi penyatuan ekonomi dan kebangkitan nusantara.

“Meskipun sesi dalam sehari saja, saya sempat memberikan gambaran jelas dan tunjuk ajar penting buat usahawan di sini berkembang lagi walaupun ketika krisis,” katanya.

Tambah Azizan, kerjasama bersama Kemenparekraf itu juga akan menjadi satu titik tolak perubahan sejarah hubungan Malaysia- Indonesia terutama dari segi penyatuan ekonomi dan kebangkitan nusantara, insya-Allah.

“Saya dan RichWorks berasa bangga dan bersedia menyokong perkembangan bisnes kepada lebih 30 juta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menjadikan greater Indonesia pada 2025.

“Indonesia mempunyai peluang pasaran yang besar dengan populasi orang berjumlah 279.5 juta, insya-Allah,” ujarnya.

Berharap kerjasama yang dibuat dapat menyokong pertumbuhan bisnes lebih 30 juta wirausaha di Indonesia.

Sementara itu, Sandiaga secara live bersama Azizan dan peserta-peserta menyambut baik kerjasama RichWorks dalam berkongsikan kepakaran membina usahawan dari zero to hero.

Katanya, RichWorks dilihat berupaya membantu usahawan mengembangkan bisnes.

“Ingatkan pengalaman saya, pernah dipecat kerja ketika krisis ekonomi. Namun dapat bangkit dari zero dengan kerja keras, tuntas ikhlas, alhamdulillah jadi hero.

“Lihat bimbingan Azizan juga sangat terbukti dengan melahirkan ramai usahawan Titanium (permentoran RichWorks) dengan jualan pada tahun lalu berjumlah RM3.2 bilion,” jelasnya.

— BebasNews

Leave a Reply