Thursday, August 18, 2022
Home Berita/News Luar Negara/World Doktor Malaysia cabul pesakit diusir

Doktor Malaysia cabul pesakit diusir

medical, appointment, doctor
Photo by DarkoStojanovic on Pixabay Gambar hiasan

SEORANG doktor rakyat Malaysia dihantar pulang dari New Zealand selepas menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan serangan seksual.

David Lim, 46, disabitkan kesalahan melakukan serangan seksual terhadap empat lelaki muda bawah bius pada 2014 semasa sesi rundingan untuk penyakit ringan yang dialami mereka. Apabila sedar, mangsa mendapati Lim menyentuh bahagian sulit mereka, mahkamah diberitahu.

Lim, yang kini mengakui dirinya wanita, dikenakan perintah pengusiran di akhir hukuman lima tahunnya pada 1 Jun, lapor New Zealand Herald.

Warga asing di New Zealand berisiko diusir apabila disabitkan kesalahan jenayah. Lim tidak lagi dibenarkan ke negara itu.

Lim berpindah ke New Zealand pada 2006 dan sebelum ini pernah menjalani latihan sebagai doktor di Scotland. Dia menjadi pendaftar di Hospital Hawke’s Bay di Hastings, New Zealand, selama tiga tahun.

Sejak 2019, dia menolak parol sebanyak empat kali.

Pada 2018, sebuah tribunal perubatan di New Zealand melarang Lim daripada mengamalkan perubatan di negara itu dan memerintahkannya membayar kos NZD4,380.

Sumber asal — https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/08/03/new-zealand-usir-doktor-malaysia-cabul-pesakit/

— BebasNews

Leave a Reply