Oleh DIN JERMAN

CYBERJAYA, 4AUG — Felda telah mengeluarkan maklum balas menjawab kepada kenyataan yang  dibuat semalam oleh Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF), hari ini.

Felda merasa kesal dengan kenyataan GWGF itu.

“Kenyataan tersebut dibuat dengan sengaja atau tanpa penelitian kerana merujuk kepada satu kandungan yang tular baru-baru ini tetapi merupakan kenyataan yang dibuat oleh seorang ahli politik pada tahun 2017.

“Kenyataan itu juga secara jelas telah mengemukakan fakta yang salah dengan menyebut pembelian kondo mewah oleh FGV Holdings Berhad (FGV) walaupun sebenarnya merujuk kepada hotel yang dibeli oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC),” jelas Felda.

“Kesemua dakwaan dalam kenyataan tersebut juga sebenarnya telah dijawab oleh
bekas Pengerusi FELDA dan juga Pengerusi FIC pada 23 Oktober 2017. FELDA
sekali lagi ingin menegaskan bahawa kedua-dua Grand Plaza Kensington dan Felda
House di London dimiliki secara sah oleh FIC.

“Perkara ini juga telah dibentangkan dalam Kertas Putih FELDA yang merangkumi
skop audit forensik pada April 2019 seperti siasatan oleh Ernst & Young. Kertas Putih
FELDA ini juga adalah dokumen rasmi yang boleh diakses oleh orang awam. Perkara
ini juga sedang dalam siasatan SPRM dan satu laporan rasmi juga telah dibuat pada
tahun 2019 oleh FELDA kepada UK Serious Fraud Office untuk tindakan lanjut pihak
berkuasa,” Felda menegaskan dalam jawapan balasnya itu.

KENYATAAN MEDIA —

Kenyataan Media Menjawab Kenyataan GWGF

— BebasNews

Leave a Reply