PRU perlu diadakan seawal sedaya boleh. Hal ini kerana berdasarkan tiga teras pertimbangan ini;

1.Pertama UMNO BN harus dominan semula dalam kerajaan agar keputusan parti akan lebih ada tindakan segera dalam kerajaan. Isu pengeluaran wang KWSP adalah contoh diperlambatkan sedangkan parti sudah lama mendesak

2 . Politik harus distabilkan. Apabila politik stabil fokus kepada isu rakyat dapat diberikan keutamaan. Contoh, masih ada lagi parti Bersatu menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri diwujudkan walaupun tempoh pilihan raya kurang daripada setahun.

3. Pertumbuhan ekonomi perlu diperkasakan. Dasar dan tindakan lebih bersepadu diperlukan membawa negara keluar daripada ketidaktentuan ekonomi. Kesemua ini memerlukan kerajaan yang kuat dan stabil.

Jika terus dilambatkan PRU maka ia melambatkan ketiga-tiga perkara tersebut yang saling berkaitan antara satu sama lain.

Zahid Hamidi
Pengerusi Barisan Nasional

Sumber — Facebook Barisan Nasional. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02B5NdtwmdcLBBD41aXjdib1oySZ3g7qFCvzUVCH5di4xFYRyJ7Eg6FXUpJs31SexBl&id=100044223379853

— BebasNews

Leave a Reply