Thursday, August 18, 2022
Home Berita/News Pemuda Umno gesa kerajaan campur tangan masalah ‘delivery rider’

Pemuda Umno gesa kerajaan campur tangan masalah ‘delivery rider’

Foto via blogspot.com

PETALING JAYA — Pemuda Umno sekali lagi mendesak kerajaan menubuhkan segera sebuah badan kawal selia bagi menangani isu berkaitan industri e-panggilan dan p-panggilan, ketika beberapa penghantar dikatakan mahu mogok hari ini.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki menggesa kerajaan campur tangan isu kebajikan dan keselamatan pekerja berkenaan.

“Sebuah badan kawal selia wajar ditubuhkan segera bagi mengkaji keperluan peraturan-peraturan yang lebih adil dan realistik untuk penyedia perkhidmatan dan penghantar,” katanya di Facebook.

Semalam, Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar), Zulhelmi Mansor berkata, “rider” di seluruh negara akan melancarkan boikot hari ini kerana tidak berpuas hati dengan syarikat pengendali.

Sementara itu, Asyraf meminta kerajaan segera mengiktiraf individu terlibat dalam perkhidmatan penghantaran sebagai pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 atau akta berkaitan.

“Ia bagi memastikan peranan penggiat ekonomi gig tersebut menjadi lebih penting, sekali gus memastikan hak-hak mereka dipertahankan,” katanya.

Sumber asal — https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/08/05/rider-mogok-pemuda-umno-gesa-kerajaan-campur-tangan/

— BebasNews

Leave a Reply