KUALA LUMPUR — Nurul Izzah Anwar selamat diijab kabul pada petang Jumaat (5 Ogos), dengan pilihan hatinya, Yin Shao Loong dalam sebuah majlis yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat, di ibu negara.

Pengumuman tersebut disampaikan dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan pada Jumaat malam.

Nurul Izzah yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dan suaminya memaklumkan pernikahan mereka berwalikan ayahanda pengantin perempuan.

“Kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.Kami memohon doa kalian semua… agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT,” jelas mereka dalam kenyataan tersebut malam tadi.

Bersama kenyataan terbabit disertakan bersama gambar pasangan pengantin baharu itu, yang diapit ayah dan ibu Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Untuk rekod, Shao Loong merupakan seorang Penyelidik Kanan di Institut Penyelidikan Khazanah, yang antara tumpuan bidangnya adalah dalam hal dasar industri, perubahan iklim dan teknologi masa depan.

Nurul Izzah pernah mengahwini Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada tahun 2003, bagaimanapun pernikahan mereka berakhir pada 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata. — BebasNews

Leave a Reply