Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati memulakan program Nexus Success Road Tour 2022 di Kota Bahru, Kelantan, baru-baru ini.

ORANG ramai yang berminat untuk meningkatkan ekonomi keluarga dan mengatasi masalah pendapatan isi rumah yang terjejas berikutan keadaan inflasi sekarang dipelawa untuk menyertai program ‘Nexus Success Road Tour 2022’ anjuran Eskayvie.

Menerusi program siri jelajah ke tujuh buah negeri di seluruh negara yang bermula semalam (6 Ogos) di Kota Bharu, Kelantan, peserta diajar tentang keperluan ilmu, strategi dan bimbingan dalam membangunkan perniagaan.

Siri jelajah ini adalah susulan kejayaan Nexus Success Convention yang berlangsung Jun lalu. Selain latihan berterusan yang dijalankan atas talian, jelajah ini adalah inisiatif sokongan dan bimbingan bagi semua usahawan Nexus seluruh Malaysia untuk dilengkapi dengan ilmu kepemimpinan selain mahir dalam merancang strategi pemasaran yang berkesan.

“Ramai berdepan dengan masalah kewangan berikutan kos sara hidup yang tinggi terutamanya harga barang keperluan asas yang semakin meningkat.

Sewaktu siri jelajah di Kota Bharu, turut dilancarkan produk Eskayvie Mindtropic, vitamin booster untuk membantu menguatkan memori.

“Justeru itu, Eskayvie mengambil inisiatif ini untuk membantu seramai mungkin dalam menggunakan sepenuhnya platform Eskayvie Nexus bagi meningkatkan kualiti kehidupan dan kewangan masing-masing. Sehingga kini, kami sudah bantu lebih 10,000 usahawan Nexus yang berjaya capai pendapatan empat sehingga enam angka sebulan,” kata Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati.

Sementara itu, duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi berkata, ramai usahawan yang mahir dalam teknik pemasaran tetapi berdepan masalah dalam berkomunikasi serta sukar membina ‘personal branding’ khususnya.

“Jadi sebagai duta, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi pengalaman selama lebih 30 tahun dalam bidang penyiaran kerana ia sangat penting untuk bantu setiap usahawan Nexus menjadi pemimpin yang berilmu dalam usaha mengembangkan lagi rangkaian mereka,” kata Aznil.

Program yang padat dengan perkongsian ilmu kepemimpinan dan strategi perniagaan ini menerima banyak maklum balas daripada usahawan Nexus yang berjaya mencapai pendapatan empat ke enam angka sebulan secara konsisten.

Dr Syid Ayob, Kartika Wati dan Aznil bergambar bersama usahawan Nexus yang hadir di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Salah seorang peserta, Ahmad Salman, 33, usahawan dari Tanah Merah, Kelantan berkata, program latihan dan bimbingan rapat yang disediakan untuk usahawan Eskayvie Nexus amat membantu.

“Program sebegini dapat membantu ramai orang untuk jana pendapatan minima empat angka sebulan dan menikmati kehidupan yang lebih selesa. Kebanyakan peserta datang daripada pelbagai latar belakang kerjaya yang berbeza.

“Selain kakitangan kerajaan dan swasta, ada juga daripada kalangan profesional dan para peniaga kecil yang menjadi usahawan Nexus secara separuh masa dan sepenuh masa,” kata Ahmad Salman.

Sementara itu, Nurul Norasikin Ramli, 29, dari Wakaf Baru, Kelantan, pula berkata, dia mampu menjana lima angka sebulan bersama jenama terbabit.

Kartika Wati bersama penerima anugerah Icon Circle Leaders Award, Shabaneeny Mahmud.

“Saya beroleh pendapatan lima angka sebulan untuk membantu keluarga. Sebagai anak, saya sangat gembira dapat memberikan hidup yang selesa buat ibu bapa dan lapan adik beradik lain,” katanya yang berjaya mencapai nilai jualan RM4.3 juta setakat Julai lalu.

Manakala Fauziati Ab Wahab, 37, pula pada awalnya buntu apabila bisnes kereta sewa terpaksa ditutup.

“Saya tak mampu nak bayar kos ‘overhead’ yang ditanggung. Saya tertarik sertai Eskayvie Nexus sebab tanpa modal dan tak perlu simpan stok. Bimbingan dan latihan yang lengkap dan komprehensif untuk saya jalankan perniagaan dengan lebih bersistematik turut diberikan.

“Malah sokongan padu dari segi pemasaran dan pengiklanan yang berterusan sangat membantu kejayaan saya pada hari ini,” kata Fauziati, dari Masai, Johor yang berjaya melangsaikan hutang bernilai RM40,000 hasil daripada pendapatan bersama Eskayvie Nexus.

Selaku duta, Aznil rasa bertanggungjawab untuk membantu usahawan Nexus mencapai sasaran perniagaan mereka.

Dalam program yang sama, Eskayvie turut melancarkan produk baharu iaitu Eskayvie Mindtropic yang menyokong kesihatan minda orang dewasa.

Eskayvie Mindtropic adalah vitamin booster minda yang diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66, Bacopa monnieri dan mineral yang dihasilkan dalam bentuk tablet kunyahan berperisa tropika untuk membantu menguatkan memori, memperbaiki mood dan tidur serta melegakan stres terutamanya bagi orang dewasa. Mindtropic ini mampu menyokong kesihatan minda yang terjejas akibat Long Covid-19.

Selepas Kelantan, jelajah akan turut menemui setiap usahawan di Pahang (7 Ogos), Kedah (13 Ogos), Pulau Pinang (14 Ogos), Johor (27 Ogos), Melaka (28 Ogos) dan Perak pada 31 Ogos.

Melalui inisiatif ini, Eskayvie terus komited untuk mencapai misi melahirkan 1 juta usahawan Nexus aktif dan mencipta 50,000 peluang pekerjaan menjelang 2027.

Turut menyasarkan jualan sebanyak 1 bilion US Dollar yang membabitkan pasaran sehingga ke 11 buah negara di Asia Tenggara, Eskayvie sentiasa bersedia dengan aktiviti kajian dan pembangunan produk yang berterusan. Info lanjut layari www.eskayvie.com.

— BebasNews

Leave a Reply