KUALA LUMPUR — Koperasi Kakitangan PETRONAS (KOPETRO) Berhad telah melancarkan kempen Beli & Menang bagi menggalak jualan ejen dan pengedar produk jenama LengQuas miliknya.

Kempen berkenaan juga membolehkan masyarakat mendapat pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan isi rumah.

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah menyeru lebih ramai individu yang berminat untuk turut sama mendaftar terutamanya ketika kempen ini sedang berjalan.

Berlangsung sejak 15 Julai lalu, kempen Beli & Menang menawarkan pelbagai hadiah lumayan berjenama Xiaomi bernilai lebih RM30,000.

Setiap bulan seramai 5 ejen yang membuat pembelian produk sekurang-kurangnya 10 karton bakal dicabut sebagai pemenang manakala 5 orang pengedar yang membuat pembelian produk sekurang-kurangnya 100 karton akan dicabut sebagai pemenang.

Selain itu, tiga ejen dan tiga pengedar dengan jumlah jualan tertinggi sepanjang kempen berlangsung akan memenangi hadiah utama yang bakal diumumkan setelah kempen tamat pada 31 Oktober nanti.

Ahmad Shakir berkata, pihaknya juga turut menyediakan latihan dan bimbingan kepada ejen dan pengedar yang memerlukan khidmat tersebut sepanjang penglibatan mereka sebagai ejen jualan LengQuas,

Beliau berkata, LengQuas kini mempunyai seramai 800 ejen jualan berdaftar di seluruh Malaysia dan menyasarkan peningkatan sehingga 1,500 ejen dan pengedar bagi tahun 2022.

“Kami juga yakin dan optimis bahawa sasaran ini dapat dicapai pada tahun ini dan sekali gus dapat membuka peluang perniagaan kepada mereka yang ingin memfokuskan kepada produk makanan sejuk beku seperti LengQuas.”

Beliau berkata, Leng Quas mempunyai 10 pilihan menu berasaskan makanan sejuk beku termasuk Daging Masak Hitam, Paru Goreng Berlada, Ayam Masak Hitam dan Daging Dendeng.

Selain itu, produk berasaskan nasi juga boleh didapati antaranya Nasi Briyani Ayam Merah, Nasi Hujan Panas, Nasi Daging Masak Hitam dan Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis.

Bagi orang ramai yang berminat untuk mendaftar menjadi ejen atau pengedar LengQuas, anda boleh menghubungi talian hotline LengQuas di talian 017-319 5764. Ikuti akaun media sosial @lengquas.official di Facebook dan Instagram untuk perkembangan terkini.

— BebasNews

Leave a Reply