Ismail Sabri - Foto wikipedia.

SERDANG — Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan beliau sudah bertemu dengan wakil-wakil daripada Perikatan Nasional (PN).

Ismail Sabri berkata, pertemuan tersebut dilakukan semasa minggu akhir sesi parlimen dan diwakili oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Bendahari PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Pertemuan sudah dilakukan, PN dah sampaikan pandangan mereka dan saya pun dah sampaikan pandangan saya, jadi setakat itu sahaja.

“Saya juga rasa perkara ini tidak perlu lagi dibangkitkan, tumpuan kita sekarang ni adalah untuk menyelesaikan isu rakyat, kita nak pulihkan ekonomi.

“Biar kita fokus perkara yang berkaitan dengan rakyat, itu lebih penting,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melakukan lawatan di Pavilion Pahang, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022, di sini.

Terdahulu media melaporkan, PN membayangkan mengkaji semula perjanjian dengan Naib Presiden UMNO itu ekoran tindakan beliau membatalkan pertemuan dengan pemimpin kanan gabungan itu selain membabitkan tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

— BebasNews

Leave a Reply