Datuk Hassan Mohd Noor

RARE Media Sdn Bhd, syarikat media bersepadu hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Hassan Mohd Noor sebagai Ketua Editor BebasNews.My, sebuah portal berita independen dan berimbang negara.

Hassan akan memantau bilik berita BebasNews dan operasi portal digital itu.

Pelantikan itu berkuat kuasa serta-merta.

Beliau sebelum ini adalah Editor Bersekutu BebasNews. Hassan juga merupakan Pengarah RarePictures Sdn Bhd, sebuah anak syarikat penerbitan Rare Media.

Hassan pernah mengetuai akhbar terbesar negara, Mingguan Malaysia serta memegang jawatan Penolong Ketua Pengarang akhbar Utusan Malaysia.

— BebasNews

Leave a Reply