chamber, chair, mirrors
Photo by Tama66 on Pixabay Gambar hiasan
Oleh AKMAL DANIEL

LONDON — Tahukah bahawa selama ini anda dan keluarga tinggal bersama dengan hantu di kediaman sama ada ia milik sendiri atau disewa.

Khabar mengejutkan itu didedahkan oleh seorang penyiasat fenomena paranormal yang mendakwa bahawa hampir semua rumah di dalam dunia turut didiami oleh hantu.

Beliau mendakwa hantu itu berada di sisi tanpa disedari oleh manusia, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pengasas Pertubuhan Veritas Paranormal, Rob Payke mendakwa, hantu sebenar berada amat hampir dengan manusia dan ramai orang tinggal bersama entiti itu sepanjang kehidupan mereka.

“Sebanyak 90 peratus atau lebih ramai daripada kita mempunyai hantu yang tinggal di dalam rumah bersama-sama.

“Sama ada ia hanya merenung ke arah anda atau mahu menjelmakan diri, terpulang kepadanya,” ujar Pyke.

Beliau turut mendedahkan rumah lamanya dihuni oleh hantu bernama Arthur, lapor Kosmo! Online.

“Hantu bernama Arthur yang merupakan seorang pelombong ketika hidupnya tinggal di rumah lama kami.

“Kami sering terbau asap tembakau dihembus dan apabila bau-bau itu muncul, kami tahu ia berada di situ.

“Kami tinggal bersama di dalam rumah itu dan ia mungkin masih berada di situ,” ujarnya.

Pyke mendakwa, hantu kebiasaannya menghormati tetamu rumah dan tidak menakut-nakutkan orang.

“Memetik kata-kata Richard Felix (ahli sejarah). Jika hantu mempunyai pekerjaan untuk dibuat, ia tidak akan menakutkan orang.

“Ia akan meneruskan ‘kehidupannya’ dan tidak akan muncul di satu sudut secara tiba-tiba dan menakut-nakutkan anda,” ujarnya. — BebasNews

Leave a Reply