Tuesday, October 4, 2022
Home Berita/News Konsep Jualan Murah Keluarga Malaysia akan dilaksana di IPTA Oktober ini

Konsep Jualan Murah Keluarga Malaysia akan dilaksana di IPTA Oktober ini

PUTRAJAYA — Konsep Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) akan diperluaskan sekurang-kurangnya ke 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya menjangkakan inisiatif tersebut akan boleh mula dilaksanakan pada Oktober ini sebaik kemasukan semula pelajar.

Jelas beliau, syor yang dikemukakan oleh wakil pemimpin pelajar itu akan dibawa ke mesyuarat pada minggu depan.

“Oleh kerana keperluan barangan di kampus agak berbeza berbanding luar kampus, perlu ada perbincangan dan mekanisme kerana kita telah bersetuju Gerakan Koperasi untuk memberi harga barang lebih murah.

“Mungkin (perlu) kewujudan koperasi di kampus-kampus tersebut dan kaedah yang boleh kita pertimbangkan.

“Secara prinsip kita setuju pengesyoran wakil pelajar di mana kampus-kampus juga perlu ada peluang untuk mahasiswa mendapatkan barangan tertentu pada harga berpatutan.

“Kampus akan dibuka semula pada pertengahan September dan Oktober, saya jangka jawatankuasa mempunyai masa yang cukup untuk membincangkan kaedah dan mekanisme supaya konsep JMKM yang sekarang diadakan di lebih 600 kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) diperluaskan ke 20 IPTA di seluruh negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini pada Isnin.

Sumber asal — https://www.astroawani.com/berita-malaysia/konsep-jualan-murah-keluarga-malaysia-diperluas-ke-ipta-annuar-376248#.YvosRYBDNXA.whatsapp

— BebasNews

Leave a Reply