Lihat keadaan kubah yang masih belum dibaiki, yang terletak di bangunan Panggung Bandaraya, sebahagian daripada Bangunan Sultan Abdul Samad di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur. -- Gambar BebasNews
Oleh Netizen BebasNews

ORANG putih dulu membina bangunan cantik untuk generasi sekarang. Sayangnya kita macam buta mata dan dan buta hati.

Lihatlah permandangan indah bagi pihak penguasa dan pemandangan jelik bagi rakyat yang lalu-lalang di hadapan bangunan ikonik negara, Bangunan Sultan Abdul Samad ini setiap hari?

Lihat salah satu kubahnya. Amat sedih sekali. Tunggu masa untuk menyembah bumi.

Jika jurubina dan jurubentuk asalnya bernama A.C. Norman dan jurutera pembinaan C.E. Spooner — yang membinanya pada tahun 1893 — melihat suasana ini mesti mereka akan menangis.

Bangunan Sultan Abdul Samad yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. Pada peringkat awal kubah-kubahnya diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat warna hitam, namun ia telah digantikan dengan kubah yang bersalut tembaga.

Kita amat kehairanan mengapa masalah itupun tidak boleh dibaiki dan dipulihara oleh cerdik-pandai sekarang?

— BebasNews

Leave a Reply