BebasNews

KUALA LUMPUR — Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam tadi belum memutuskan sama ada menerima Parti Bangsa Malaysia (PBM) sebagai sebahagian daripada parti komponennya.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya masih memperhalusi permohonan tersebut sebelum sebarang keputusan dibuat.

Menurutnya, selain PBM, pihaknya turut menerima beberapa permohonan daripada parti lain.

“Permohonan diterima membabitkan lebih daripada satu parti dan Dewan Tertinggi merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada parti itu atas minat dan kesediaan mereka untuk bersama-sama dengan BN.

“Semua permohonan itu sedang diperhalusi oleh pihak urusetia BN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan dihadiri Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

— BebasNews

Leave a Reply