AZEEM Fahmi memecahkan rekod kebangsaan 100 meter milik Khairul Hafiz Jantan yang dicatat pada 2018 dalam Sukan Malaysia di Kuching. – Foto WA
TANGGAL 1 dan 2 Ogos lalu, pencapaian Azeem Fahmi dengan memecahkan rekod kebangsaan 100 meter, 10.09 saat, membawa dua kejutan besar.
Pada usia yang baru 18 tahun, dia mencatatnya dalam saringan pertama dan menduduki tempat kelima pusingan akhir Kejohanan Olahraga Bawah 20 Tahun Dunia di Cali, Colombia.
Apakah dia mampu menghampiri rekod Asia, 9.83s pula milik pelari China, Su Bingtian dalam setahun dua ini?
Memandangkan rekod Sukan SEA, 10.17s milik Surya Agung Wibowo dari Indonesia juga telah diatasi, Azeem tampak seperti mampu membaharuinya lebih cepat dari tempoh itu.

Di Cali, kemajuan drastiknya dibuktikan apabila dia menyaingi rapat pemenang pingat gangsa dari Afrika Selatan, Benjamin Richardson, 10.12s dan hanya tewas sedikit dengan pelari Thailand, Puripol Boonson di tempat keempat, juga mencatat 10.12s.
Mengapa Azeem tidak suka digelar ‘Usain Bolt Malaysia? Bolehkah Malaysia menyaksikan ‘Raja Pecut Asia’ kembali miliknya setelah sekian lama Datuk Rabuan Pit mencapainya dalam Sukan Asia New Delhi 1982?
Jawapannya, saksikan program portal online bebasnews.my ini pada pautan, www.youtube.com/watch?v=kHapwc5jW3U dengan tetamunya iaitu jurulatih Azeem, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah. — BebasNews



[email protected]
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, stringer Buletin Utama dan penyunting Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena, Formasi (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Juga Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017, Pemenang Pertandingan Penulis Sukan Piala Asia 2007 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Pegawai Teknikal Antarabangsa (ITO) Sepak Takraw Sukan Pantai Asia Muscat, Oman 2010 serta Sukan SEA Hanoi, Vietnam 2022.