Lagu-lagu dendangan Michael Learn To Rock masih diminati sehingga kini.

KALAU nak imbau lagu-lagu hit dendangan kumpulan Michael Learn To Rock (MLTR), pastikan anda tak lepas peluang untuk menonton konsert mereka di Malaysia.

Kumpulan yang berasal dari Aarhus, Denmark yang dianggotai oleh
Jascha Richter, Mikkel Lentz dan Kåre Wanscher akan mengadakan konsert MLTR Back On The Road Tour Live in Malaysia 2022, pada 22 Oktober 2022 (Sabtu), pukul 8.30 malam, di Arena of Stars, Resorts World Genting.

Menerusi konsert anjuran MIC Entertainment Group itu sudah pasti penonton akan dihiburkan dengan lagu-lagu hit dendangan kumpulan tersebut seperti Take Me To Your Heart, 25 Minutes, That’s Why You Go Away dan Paint My Love.

Sudah pasti kumpulan yang mula aktif sejak 1988 itu mempunyai banyak senarai lagu yang akan diperdengarkan kepada peminat Malaysia kerana sehingga kini MLTR telah menghasilkan sembilan buah album rakaman studio dan 19 album kompilasi.

Rindu nak menonton persemhaban kumpulan Michael Learn To Rock, Oktober ini di Arena of Stars, Resorts World Genting.

Seiring dengan populariti lagu mereka, MLTR berjaya merangkul pelbagai anugerah emas, platinum dan multi-platinum. MLTR berjaya mencatat jualan melebihi 11 juta album di peringkat global dan lebih daripada enam juta lagu-lagu kumpulan tersebut dimuat turun secara berbayar.

Malah muzik MLTR masih bertahan sehingga kini dan terus menjadi pilihan peminat untuk distrim dan ditonton menerusi platform digital di seluruh dunia.

Walaupun sudah mengadakan lebih 600 konsert di pelbagai negara, sehingga kini anggota MLTR masih teruja untuk menghiburkan peminat mereka di seluruh pelosok dunia.

Dapatkan tiket anda segera untuk menonton konsert MLTR Back On The Road Tour Live in Malaysia 2022 di www.rwgenting.com atau my.bookmyshow.com.

Tiket-tiket yang ditawarkan berharga RM638 (VIP), RM588 2 (PS1), RM388 (PS2), RM 238 (PS3) serta RM158 (PS4) dan semua harga tiket dikenakan yuran pemprosesan sebanyak RM4.

Tempat duduk penonton yang membeli tiket untuk menonton persembahan Michael Learn To Rock nanti.

Pakej hotel turut ditawarkan kepada peminat yang ingin menonton konsert itu sambil bercuti di Resorts World Genting dengan harga RM1,358 (VIP), RM1,278 (PS1) dan RM1,008 (PS2).

Setiap pakej disertakan dengan dua keping tiket konsert, penginapan satu malam di bilik Deluxe, Grand Ion Delemen Hotel dan baucar bernilai RM150 untuk makanan dan minuman.

Sila lawati laman sesawang www.iondelemenhotels.com atau hubungi talian 03-64332299 untuk sebarang pertanyaan. — BebasNews

Leave a Reply