Tuesday, October 4, 2022
Home Berita/News Suami isteri didakwa di mahkamah, subahat dan salah guna kedudukan

Suami isteri didakwa di mahkamah, subahat dan salah guna kedudukan

Kredit - Foto BERNAMA

SHAH ALAM — Sepasang suami isteri telah dakwa di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan bersubahat dan salah guna kedudukan pemberian kerja-kerja berkaitan penilaian berjumlah lebih RM570,000 bagi Majlis Perbandaran Klang (MPK) antara 2019 dan 2020, di sini hari ini.

Hazliza Md Salleh yang berjawatan pengarah penilaian dan pengurusan harta MPK dan suaminya, Shahril Nizam Mokhtar, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Cadangan tersebut adalah bagi melaksanakan kerja-kerja penilaian kadaran bagi harta-harta khas (Klang Utara) dengan harga kerja RM251,000 dan kerja-kerja penilaian kadaran fasa 4 bagi sebahagian harta di kawasan operasi 2 melibatkan harga kerja RM324,360.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta yang sama.

Shahril Nizam, 48, pula dituduh bersuhabat dengan Hazliza untuk menggunakan kedudukan isterinya supaya mencadangkan Syarikat Nilai Harta Consultant Sdn Bhd.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 yang dibaca bersama Seksyen 23(1) Akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim membenarkan pasangan itu, masing-masing diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin yang berlainan serta penyerahan pasport kepada mahkamah, juga perlu melapor diri di pejabat SPRM berdekatan setiap bulan.— BebasNews

Leave a Reply