Azarol Faizi (empat dari kiri) dan Markz Lim (lima dari kanan) bergambar selepas Majlis menandatangani perjanjian kerjasama di Shah Alam.

SHAH ALAM — Syarikat pembekal bateri, Bateriku (M) Sdn.Bhd. (Bateriku.com) mengadakan kerjasama dengan Syarikat Emerald Auto Sdn. Bhd. (Emerald-Brembo), pemasar produk alas brek asli BREMBO di semua pitstop Bateriku.com yang terpilih.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com, Azarol Faizi, Bateriku.com sebagai pembekal khidmat ‘Connected Roadside Assistance Provider’ (CRAS) pilihan nombor satu negara turut menawarkan produk alas brek terkemuka dunia BREMBO kepada semua lapisan masyarakat.

“Melalui tagline “Every Car Deserves BREMBO”, produk yang ditawarkan melalui kolaborasi ini dimulakan dengan menumpukan kepada kenderaan seperti Myvi, Proton, Perodua, Honda dan Toyota melalui ekosistem Bateriku.com yang kini telah menabur khidmat kepada hampir sejuta pelanggan.

“Pelanggan Bateriku.com, tidak kira sama ada sedia atau baharu akan ditawarkan alas brek BREMBO yang berkualiti premium pada harga mampu milik melalui Pitstop terpilih Bateriku.com,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama dengan
Ketua Pegawai Eksekutif Emerald-Brembo, Markz Lim di pejabat Bateriku.com di Bukit Jelutong hari ini.

Azarol Faizi berkata, idea kerjasama dengan Emerald-Brembo timbul setelah pihaknya melihat pelbagai senario kerosakan kenderaan termasuk kerosakan brek sepanjang lapan tahun sejak Bateriku.com ditubuhkan.

“Dengan reputasi brek BREMBO dan prestasi produknya di peringkat otomotif global, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak Emerald-Brembo, pengedar rasmi produk BREMBO di Malaysia. Dalam masa terdekat kita akan menawarkan produk tersebut di 10 pitstop kami yang terpilih,”katanya.

Sementara itu Markz Lim berkata, dengan pengalaman lebih dari 40 tahun, Emerald-Brembo merupakan satu-satunya pengedar produk BREMBO rasmi di Malaysia yang membekalkan pelbagai jenis variasi alas brek dan ‘brek disk’ untuk kesemua jenis model kenderaan di Malaysia.

Markz berkata, Emerald-Brembo amat berbangga dapat bekerjasama dengan Bateriku.com kerana pihaknya percaya bahawa tersebut akan dapat membina ekosistem yang lebih baik bagi memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membeli alas brek berkualiti di bawah RM200.

“Sebagai pengedar rasmi produk BREMBO yang merupakan brek sistem bertaraf dunia
dari Itali,kami yakin bahawa dengan Pitstop Bateriku.com, BHero dan BPreneur Bateriku.com di seluruh Malaysia akan dapat memudahkan semua pengguna kenderaan untuk mendapatkan produk BREMBO asli yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan,”katanya. — BebasNews

Leave a Reply