Credit: Foto Facebook Queen Rania

RIYADH — Putera Mahkota Jordan Hussein bin Abdullah II melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya, Rajwa Khaled Al-Saif, seorang warga Arab Saudi di sini.semalam.

Majlis berlangsung di rumah bapa pengantin perempuan di ibu kota Arab Saudi itu
di hadapan Raja Jordan Abdullah II, Permaisuri Rania dan keluarga bakal pengantin perempuan.

Hadir sama Putera Hassan bin Talal, Putera Hashem bin Abdullah II, Putera Ali bin Hussein, Putera Hashem bin Hussein, Putera Ghazi bin Mohammed, Putera Rashid bin Hassan, dan sebilangan ahli keluarga Al-Saif.

Laporan pertunangan itu diumumkan di Twitter dan Facebook dengan gambar menunjukkan pasangan itu bersama, dengan ibu bapa Putera Hussein, Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania, bergambar bersama ahli keluarga Rajwa.

Credit: Foto Facebook Queen Rania

Ratu Rania turut berkongsi kegembiraan itu melalui Twitter, dan Facebook.

“Saya tidak fikir ia mungkin untuk menyimpan begitu banyak kegembiraan dalam hati saya! Tahniah kepada Putera Hussein yang sulung dan bakal pengantinnya yang cantik, Rajwa,” tulis Ratu Rania.

Rajwa Al-Saif dilahirkan di Riyadh pada 28 April 1994, anak ahli perniagaan Arab Saudi, Khalid bin Musaed Al-Saif dan Azza binti Naif Al-Sudairi.

Beliau adalah adik bongsu kepada Faisal, Naif dan Dana.

Rajwa menerima pendidikan menengahnya di Arab Saudi, dan pendidikan tingginya di Sekolah Seni Bina di Universiti Syracuse di New York.

Putera Hussein, adalah lulusan akademi tentera British Sandhurst. Beliau juga pemegang ijazah dalam sejarah antarabangsa dari Universiti Georgetown di AS.

Beliau memegang pangkat kapten dalam angkatan tentera Jordan dan boleh menerbangkan helikopter tentera. — BebasNews

Leave a Reply