A shocked woman holding a laptop
Photo by Nataliya Vaitkevich on Pexels
Celoteh Kak Fizz

KES 1:

Tetiba mesej melalui whatsapp masuk. Tengok dari Mar rakan sepejabat, yang sedang duduk betul2 depan akak. Ingat dia saja nak bergurau senda.

Tengok nombor yang tercatat di whatsapp, nombornya lain dari nombor Mar yang akak daftar di telefon akak. Gambar profil pun lain tapi orang yang sama.

Sebelum baca mesej, akak tanya Mar yang ada di depan akak. Mar ada tambah nombor HP baru ke? Mar yang tengah sibuk, menjawab tanpa memandang, takde lah kak. Mata mengintai Mar yang ada di meja depan. Bersahaja nampaknya dia, macam takde apa2. Ha ha sah ini scammer hati akak berkata.

Akak mula membaca mesej yang diberi. Dalam tu ditulis yang Mar mohon bantuan kewangan dari akak dengan segera.

Katanya nak top-up elaun sebab balance tak cukup. Kalau tak bantu, masalah besar baginya takut nanti cek yang dikeluarkan tendang. Duit pinjaman ni nanti akan diganti semula keesokkannya. Jumlah yang diperlukan RM3,500.

Sebab akak tahu itu scammer akak layan je mesej-mesej dia.

Mar yang tuan badan pun sama dok menyakat. Hujung ayat yang buat si scammer berhenti dan memadamkan semua komunikasi bila akak kata “kamu ni memang gatallah Mar, tadi jumpa kat ofis apasalnya yang tak minta terus. Kan senang. Kalau kamu nak duit ni, patah balik, kita jumpa kat pejabat je sekarang.”

KES 2:

Anak saudara akak dah 2 kali terima mesej dari seorang hambaAllah yang tidak dikenali, memohon bantuan kewangan terdesak. Jumlah awal yang diminta tak banyak RM35 je.

HambaAllah ini siap berikan nama penuh dan alasan nak pinjam duit sebab nak beli susu anak. Atas dasar simpati yang dia juga seorang ibu, anak saudara beri sahaja duit tu dengan niat sedeqah.

Minggu depannya terima lagi mesej dari hambaAllah yang sama, kali ini jumlah dah jadi RM200. Alasan anak pulak sakit. Suami anak saudara akak dah mula berkerut dahi, bila si isteri minta duit untuk bantuan ini. Kata anak saudara akak yang lembut hati, jom kita bersangka baik dan ini ujian untuk kita. Jumlah yang diperlukan dikreditkan ke akaun yang diberi.

Minggu depan lagi sekali hambaAllah ni menghantar mesej untuk mohon bantuan kewangan. Kali ini alasan emak meninggal dunia. Terus si suami buat siasatan dan didapati hambaAllah ni seorang lelaki yang cukup sifat dan muda orangnya. Belum berkahwin berdasarkan profil di FB. Bila dia tahu suami anak saudara akak dah mula menyiasat cepat-cepat dia padam akaun FB nya tersebut.

KES 3:

Seorang doktor kehilangan wang dari akaun banknya yang dipindahkan ke akaun di bank lain tanpa kebenarannya. Persoalannya siapa guna nama pengguna dan kata laluan yang kita ada. Bukankankah setiap transaksi perlu ada nombor ‘TAC’ sebagai pengesahan yang diminta bank sebelum wang boleh dipindahkan. Ini yang dikata Pelik bin Ajaib. Bertahun jadi pemegang akaun tegar, tetiba duit lesap di tapak tangan.

Kes 1 dan Kes 2 membuktikan kebijaksanaan manusia berfikir kaedah mendapatkan sumber kewangan dengan cara penipuan paling terhormat. Ini lah contoh rompakan alaf baru.

Jika Kes 1 dan Kes 2 melibatkan orang perseorangan, tetapi kes 3 melibatkan institusi kewangan yang tersohor. Di manakah integriti sistem perbankkan kini. Dahlah caj perbankan kini tinggi, semuanya kini atas talian, perkhidmatan kaunter makin dah takde, nak jumpa pegawai bank dah lebih kurang macam nak jumpa PM. Aduhai.

Bagaimana cara mengekang gejala seperti ini berlaku? Apakah polis tidak mengambil tindakan? Kerana dalam kes 2, rakan pejabat akak ada membuat laporan polis mengenai kecurian dan penggunaan nama dan profil dirinya oleh orang lain. Adakah ini bukan kesalahan?

Akak tak pasti samada undang-undang negara kita ada Akta bagi melindungi pengguna (rakyat) di dalam hal-hal seperti ini. Terfikir juga, jika ada, masakan kes-kes scammer seperti ini makin menjadi-jadi.

Pihak berwajib mohon beri perhatian kepada masalah ini. Bukan kebanggaan negara bila setiap hari keluar cerita mengenai scammer ini. Rakyat Malaysia yang selalu kena tipu walau dah masuk 65 tahun merdeka.

Merdekakah kita?

— BebasNews

Leave a Reply