NAJIB Tun Razak akhirnya ke penjara. Ada yang menangis, ada yang menarik nafas lega.

Yang menangis kerana mereka mungkin menyayangi beliau, yang lega mungkin kerana mereka memikirkan negara lebih penting.

Apalah pula reaksi Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low? Adakah beliau sedang menagis teresak-esak di dalam gua persembunyiannya? Cukup malang Najib. Jho Low itulah antara pelaku besar dalam skandal ini, tapi masih boleh berpesta.

Sepatutnya kita sebagai manusia jangan membuat kesimpulan sendiri. Yang didapati salah, terimalah hukuman itu dengan lapang dada.

Apabila anda mengambil keputusan menjadi ahli politik itulah salah satu risiko yang perlu anda ambil. Saya memberitahu seorang rakan itulah culculative risk atau occupational risk yang beliau perlu tanggung.

Najib atau ahli-ahli politik lain sudah tentu mengetahui mereka berada dalam radar yang dapat melihat mereka dengan cukup tajam. Ia bukan sahaja boleh meninjau perangai, sikap, tingkah laku, perbuatan, baju apa yang dipakai, malah sehingga ke dalam bilik tidur mereka sekali pun.

Mata-mata rakyat memerhati. Pihak pembangkang yang tidak menyebelahi anda pula bijak mencari peluang di atas kelemahan yang ada untuk mematikan anda. Najib kalah dalam perlawanan ini. Itulah hakikat politik.

Malah kebanyakan para pemimpin di negara maju waima Presiden sendiri banyak yang disumbat ke dalam penjara kerana perbuatan buruk mereka itu.

Namun, amat sedih kerana perbuatan rasuah, tumbuk rusuk, makan suap, menyeleweng dana awam — masih lagi berlaku.

Kredit video: Ceramah Ustaz Shamsuri Ahmad bertajuk: Jadi ketua itu adalah amanah.

Mereka masih tidak sedar dengan perilaku buruk mereka. Jangan nanti apabila dibawa ke muka pengadilan; maka orang lain yang dipersalahkan konon mereka difitnah, dianiaya dan sebagainya.

Saya selaku rakyat biasa mengetahui masih banyak berlaku perbuatan-perbuatan keji mencuri wang dana rakyat — di pelbagai peringkat dalam sistem negara ini.

Hentikanlah perbuatan anda itu dan bertaubat.

Akhir kata, jadilah apa yang berlaku kepada mantan Perdana Menteri itu sebagai iktibar kepada semua pihak — daripada bapak-bapak Menteri, wakil-wakil rakyat, para pegawai kerajaan sehinggalah ke rakyat jelata.

Syabas juga kepada SPRM kerana berjaya mengumpul bukti keterangan yang kukuh, barisan pendakwaan yang tidak gentar, serta pihak pembelaan yang tidak putus asa sehingga ke saat-saat terakhir.

Bagi Najib yang saya kenali. Bersabarlah.

— BebasNews

1 COMMENT

  1. The key word is accountability which had been missing all these years when cash is king. Without accountability public trust is wanting. This landmark case should set a new gold standard for all. That crime does not pay and the rule of law must be upheld. Thank God we have people whose integrity are intact and delivered justice without fear or favour.

Leave a Reply