Najib Razak. Foto via Blogspotcom
Oleh Mohd Ashraf Ramli (Netizen)

SAYA ada terlihat satu video yang terbaru dari saudara Lokman Adam yang mengatakan bahawa mereka akan merangka strategi bagi mendapatkan Pengampunan Diraja sekembalinya Tuanku dari lawatan rasmi di luar negara.

Bagi saya, ianya tidaklah semudah itu. Bahkan terdapat banyak lagi halangan yang bakal menanti.

Antara alasan-alasan kenapa saya berkata sedemikian:

1. DSNR ada banyak lagi yang belum habis bicara dan masih berjalan.

Maka, dengan beliau didapati bersalah dalam kes ini, ianya akan memberkan impak dan kesan, secara tidak langsung, dalam kes-kesnya yang lain.

Berikut adalah kes-kes DSNR yang sedang berjalan:

4 lagi kes lain akan terus berjalan;

(a) Penyelewengan dana wang 1MDB beejumlah RM2.3 billion;

(b) 4 pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan / rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB;

(c) 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama;

(d) didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan di hadapan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Kalau dilihat kepada fakta-fakta yang sedia ada, bolehkan dikatakan bahawa DSNR terpaksa melalui jalan-jalan yang amat berliku dan sukar sekali.

2. Andai Yang di-Pertuan Agong memilih untuk memberi Pengampuan Diraja untuk kes kali ini, bagaimana pula dengan keadaan kes-kes yang lain andai DSNR turut didapati bersalah?

Takkan lah nak beri pengampuan banyak kali?

Dah masuk penjara. Lepas tu keluar dengan Pengampuan Diraja. Lepas tu, masuk penjara lagi andai DSNR turut didapati bersalah dalam kes-kes beliau yang lain.

Berapa kali nak beri pengampunan diraja?

3. Beberapa individu-individu yang berkaitan dengan 1MDB, termasuklah bekas CEO Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng telah didapati bersalah.

Bukan itu sahaja, bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Company (IPIC), Khadem al-Qubaisi telah pon didapati bersalah dan dihukum penjara di Abu Dhabi selama 15 tahun.

Bahkan, Goldman Sachs juga telah didapati bersalah dan diminta untuk membayar denda sebanyak RM35 Billion sebagaimana yang dilaporkan oleh BBC seperti berikut:-

“In all, the investment bank is due to pay about $5bn in penalties – about two thirds of its 2019 profits – to regulators around the world, including in the UK, to resolve cases that have severely tarnished the firm’s reputation”

Kalaulah skandal 1MDB ini telah melibatkan ramai pihak termasuk US, Singapura, UAE, Britain, serta mendapat liputan yang luas seluruh dunia, saya rasa sedikit ragu dan tidak berkeyakinan andai Tuanku Agong sendiri mahu masuk campur tangan dan memberi Pengampuan Diraja terhadap individu yang telah didapati bersalah menyeleweng dana rakyat & negara.

Andai Tuanku memilih sedemikian, maka ianya akan memberi persepsi yang buruk kepada Tuanku. Dan, imej Tuanku mungkin sedikit tercalar dimata dunia andai Tuankan bertindak sedemikian.

Walau bagaimana pun, sudah maklum bahawa kuasa mengampun berada di bawah bidang kuasa Tuanku. Namun, ianya tidak mudah untuk Tuanku berbuat demikian.

Semestinya, Tuanku perlu mengambil banyak pertimbangan dan fikir lebih mendalam soal ini sebelum memberikan Pengampuan Diraja kepada DSNR.

Kuala Lumpur
23 Ogos 2022

(Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili BebasNews.)

— BebasNews

Leave a Reply