Ahmad Idris (tengah) menyerahkan bantuan kepada Razlan Zakaria (kiri) pada majlis penyampaian sumbangan banjiir kepada 11 mangsa di Dewan Orang Ramai Kampung Air Kuning, Changkat Jering, Perak.
Oleh Ani Awang

BUKIT GANTANG – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menghantar pasukan ke Australia bagi menjalankan pengesahan audit halal di loji sembelihan negara itu, kata Menteri (Hal Ehwal Agama) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad.

Idris berkata langkah itu diambil kerana Jakim amat tegas dalam memastikan daging yang disembelih adalah halal mengikut syariat Islam dan piawaian halal Jakim dihormati di semua peringkat.

Pada 13 Mei lalu, Jakim telah membatalkan dan menghentikan loji sembelihan Thomas Food Industries (TFI) di Australia disahkan melanggar protokol halal dalam penyembelihannya.

Idris berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyerahan bantuan banjir kepada 11 keluarga di Dewan Orang Ramai Kampung Air Kuning, Changkat Jering.

Sementara itu, beliau yang juga Naib Presiden Pas berkata, parti itu mengekalkan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan mana-mana rakan kongsinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, pendirian itu jelas kerana Setiausaha Agong Pas telah mengeluarkan kenyataan keputusan mesyuarat dewan harian Pas Pusat jelas tidak akan bekerjasama dengan mereka (PH) atau rakan-rakan kongsi mereka. — BebasNews

Leave a Reply