Noraini Mohamad (dua, kiri) melawat pameran selepas majlis perasmian Karnival [email protected] di Kolej Komuniti Bagan Serai, Perak

BAGAN SERAI — Kementerian Pengajian Tinggi tidak campurtangan dalam siasatan Universiti Malaya (UM) mengenai seorang pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) yang mendakwa hasil penyelidikannya diambil penyelia tanpa kebenaran.

Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata ini kerana UM mempunyai hak kuasa utama untuk membuat siasatan mengenai perkara itu.

“Kita serahkan kepada UM untuk siasatan kerana laporan polis telah dibuat berkaitan viral video yang tular itu.

“Saya rasa eloklah kita tunggu laporan UM dan siasatan polis sebab UM telah menghantar laporan kepada saya bagi memberitahu laporan polis telah dibuat,” katanya selepas majlis Perasmian Karnival [email protected] KKBSe di Kolej Komuniti Bagan Serai di sini hari ini.

Sebelum ini calon PhD dari Yaman telah membuat laporan polis mendakwa dua penyelianya menggunakan bahan penyelidikannya untuk kepentingan komersial mereka sendiri.

Pada 29 Ogos lalu, UM telah membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields susulan tular video di media sosial mengenai seorang pelajar yang juga calon PhD yang mendakwa hasil penyelidikannya diambil penyelia tanpa kebenaran.

Sementara itu Noraini dalam ucapannya berkata pelajar Kolej komuniti telah mencapai 94.8 peratus kadar kebolehpasaran graduan pada tahun 2021 berbanding 93.7 peratus graduan politeknik.

“Tidak dinafikan bahawa pelajar lulusan kolej Komuniti masih memiliki nilai kebolehpasaran kerja yang tinggi,” katanya. — BebasNews

Leave a Reply