This wanted poster provided by the U.S. Marshals Service shows Leonard Francis, also known as "Fat Leonard," who was on home confinement, and allegedly cut off his GPS ankle monitor and left his home on the morning of Sept. 4, 2022. Multiple agencies were searching for Francis on Tuesday Sept. 6, but they acknowledged he may already be in Mexico with the border only a 40-minute drive from his home. (U.S. Marshals Service via AP)

SAN DIEGO — Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) sedang giat memburu Leonard Glenn Francis juga dikenali sebagai “Fat Leonard”, seorang ahli peniagaan Malaysia yang melarikan diri dari tahanan rumah dengan memotong gelang pengesan GPS di kakinya, pada hujung minggu lepas.

Pihak berkuasa telah mengeluarkan cetakan “orang yang dikehendaki” tersebar meluas di seluruh Amerika Syarikat, memaparkan perician serta wajah Leonard dan diklasifikasikan di bawah keselamatan negara.

Ahli peniagaan Malaysia itu sepatutnya dijatuhkan hukuman dalam tempoh tiga minggu lagi.

Leonard dipercayai mungkin sudah berada di Mexico kerana sempadan negara itu berdekatan dengan rumahnya.

Leonard adalah kontraktor tentera di AS, terlibat dengan skandal rasuah terbesar dalam sejarah ketenteraan AS. — BebasNews

Leave a Reply